|
View: 711|Reply: 8
|
Dah tak boleh tangguh, Helmi Gimmick perlu jalani pembedahan buang buah pinggang akibat kanser… “Beginilah nasib, kencing pun keluar darah”
[Copy link]
|
|
|
PELAWAK, pengacara dan penyanyi Helmi Gimmick yang sepatutnya menjalani pembedahan segera selepas disahkan menghidap kanser buah pinggang tahap empat pada September tahun lalu memilih untuk menangguhkan rawatan kerana terikat dengan jadual kerja yang padat.
Helmi atau Helmi Harun, 65, memberitahu dia masih mampu bertahan dan perlu menyelesaikan beberapa tawaran kerja yang telah diterima lebih awal.
Katanya, sikap ‘degil’ membuatkan dia terus bertahan meskipun terpaksa membuat persembahan pentas dalam keadaan menanggung kesakitan ketika itu.
“Semua orang tahu saya ini sangat fokus pada kerja. Saya tak sanggup nak batalkan tawaran walaupun sudah tahu tentang penyakit ini.
“Pihak penganjur pun sudah membuat bayaran. Dalam fikiran saya, selagi boleh bergerak, maksudnya masih boleh bekerja.
“Saya pun seorang yang degil. Kalau dapat mikrofon, memang hilang semua rasa sakit,” katanya ketika dihubungi mStar.
Helmi yang kini berada di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Serdang bagaimanapun terpaksa menyerah diri selepas penyakitnya itu semakin serius selain tidak mampu menahan kesakitan.
Kata Helmi, dia bakal menjalani pembedahan membuang buah pinggang kiri akibat kanser pada Khamis ini.
Menurut Helmi, sepanjang tempoh disahkan menghidap penyakit itu, dia juga sering mengalami kencing berdarah.
“Selepas persembahan pada 27 Disember lalu, saya dah tak boleh tahan lagi. Saya kencing keluar darah, kemudian isteri bawa saya ke hospital swasta. Selepas itu saya dipindahkan ke sini untuk pembedahan.
“Beginilah nasib seorang penghibur. Rasa sakit itu tak boleh nak ditunjukkan. Selepas disahkan menghidap kanser, saya makan ubat tahan sakit,” ujarnya.
Helmi juga memberitahu doktor memberi jaminan dia akan bebas kanser sepenuhnya selepas menjalani pembedahan nanti.
Dia sempat berkongsi nasihat untuk rakan-rakan artis agar segera mendapatkan rawatan jika mengalami masalah kesihatan.
“Doktor sudah berpesan untuk saya berehat dalam tempoh tiga bulan selepas pembedahan. Saya terpaksa membatalkan tawaran kerja untuk Januari dan Februari. Saya minta rakan-rakan lain menggantikan saya. Syukur pihak penganjur memahami.
“Kepada rakan-rakan artis, jika rasa sakit, segeralah dapatkan rawatan. Memang kita bekerja untuk mencari duit, tetapi tak mahu akhirnya duit itu digunakan untuk membayar kos perubatan akibat sakit begini,” ujarnya.
Ketika dihubungi, Helmi memberitahu dia berada dalam keadaan stabil dan kedengaran masih mampu berseloroh.
Sumber: Mstar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hari tu zara zya kan...seram pulak penyakit sekarang tibe sangat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga dipermudahkan urusan rawatan dan dikurniakan kesembuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Artis artis kita selalu dpt penyakit kencing manis dan sakit buah pinggang. Adakah kerana gaya hidup yang tak jaga pemakanan? tidak buat medical check-up every year? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
MC serba boleh... laku betul HG... terutama event korporat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun lawak heols annoying & cringe, tapi he is among the most polite & kind artist yang meols pernah jumpa, peramah, very kind, berurusan dengan dia pun senang masa nak hire for corporate events, ada sekali dia belanja makan untuk crews/urusetia masa rehearsal...tengah borak santai2, on time rehearsal terus in character...memang professional. Semoga diberi kesembuhan & dapat berehat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|