CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 661|Reply: 10

Que Haidar Pilih Tinggal Di Kuala Pilah, Nak Hidup Tenang

[Copy link]
Post time 5-1-2026 11:37 AM | Show all posts |Read mode





Pelakon Que Haidar memilih untuk menetap di Kuala Pilah Negeri Sembilan kerana mahukan ketenangan dan jauh dari ibu kota.

Memetik BH Online, Que berkata pada awalnya dia hanya mahu tinggal beberapa bulan saja untuk berehat namun terpikat dengan keindahan kawasan sekitar rumah kakaknya itu.

“Tempat tinggal saya bukan di Kuala Lumpur, jadi, saya rindu rumah dan katil. Saya sudah lama tak balik (sebab) tidak ada cuti sudah lebih tiga bulan.

“Bila boleh balik? Dapat satu, dua malam tidur dalam ilik saya pun sudah okay, saya gembira. Saya pilih tinggal jauh dari ibu kota kerana mahukan ketenangan.

“Mulanya terfikir hendak tinggal dalam empat hingga enam bulan (di Kuala Pilah) untuk berehat. Tetapi, selepas itu, saya suka. Macam ‘best’ pula di mana pagi-pagi saya ditemani bunyi seekor burung di luar bilik,” katanya.

Sementara itu, Que berkata dia tertarik untuk menetap disana kerana lokasinya yang strategik serta memudahkan urusan ke kilang sambalnya di Melaka.

“Kenapa Kuala Pilah? Sebabnya hendak ke Kuala Lumpur hanya sejam setengah (memandu). Hendak ke Melaka sejam setengah juga. Saya ada kilang sambal di Melaka.

“Jadi, hendak ke Kuala Lumpur, hanya satu jam setengah. Ada urusan di kilang (Melaka), sejam setengah. Kiranya saya berada tengah-tengah. Tetapi, sekarang memang tak sempat nak balik langsung.

“Saya tidak tahu sama ada hendakbalik semula ke Kuala Lumpur sebab saya sedang rancang buat rumah di belakang rumah arwah emak di Kulai, Johor,” katanya.

Sumber: BH Online, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 11:43 AM | Show all posts
dia ni kat selfie dia jer hensem, kat gambar orang lain nampak cam benyek jer muka dia...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau keje dkt dkt stu ok la. Dia kata dia tgh tgh. Sebabnya kole pilah tu bg i sgtla sendu. Dia mcm kalau aku pencen mengabiskan sisa sisa idup pegi kelas mengaji pun takle sebab tak meriah mcm kt bandor. Vibe kampung nk daytrip bole la.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 03:36 PM | Show all posts
pilah tu best tpi bukan kek bandar kalau nak duduk. duduk area batu kikir tu sodap. banyak flora dan fauna. air terjun pun ado.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kalchi replied at 5-1-2026 12:14 PM
Kalau keje dkt dkt stu ok la. Dia kata dia tgh tgh. Sebabnya kole pilah tu bg i sgtla sendu. Dia mcm ...

I pergi kenduri dkt kolepilah, ya ampun. Rasa mcm masuk hutan dekat mana ni. Dalam amat. Dan memang betul, kalau i memang tak boleh. Kg area selangor pun idoklah sendu gitu
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 5-1-2026 04:00 PM

Kolapilah sesuai le hantu jin bertandang ada kawan2 yg area sana rumah tanah pusaka tinggal gitu jah sbb parent bela saka jaga kebun pastu parent mati xde siapa berani take over macam2 ganguan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2026 04:23 PM | Show all posts
kalchi replied at 5-1-2026 12:14 PM
Kalau keje dkt dkt stu ok la. Dia kata dia tgh tgh. Sebabnya kole pilah tu bg i sgtla sendu. Dia mcm ...

pada satu tahap umur, ko mesti akan rasa nak duduk jauh dari bandar. tunggu je time tu datang. ko akan paham perasaan Que Haidar tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 05:21 PM | Show all posts
Kalau lalu Pilah dia macam lembah terletak antara dua bukit. Kawasan subur, rumah cantik-cantik dan bersih. Banyak anak sungai dan makan pun sedap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka kola pilah hr tu singgah wahhh byk benda best rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2026 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ramai pun skrg org kl beli tanah kt pilah buat rumah.skeg yg viral tu family pindah dr kl beli tanah n buat chalet dlm hutan tu.cina pun ramai stay situ
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2026 10:45 AM | Show all posts
Kuala Pilah busy
byk sekolah berasrama penuh/UiTM/Matrix pun sana
+ jalan keluar ke pantai Timur ikut Muadzam
sbb tu Kuala Pilah sesak hujung minggu
ramai artis dr Pilah ni
mcm wife Jep tu
Hattan
smlm aku baru tau Ara Johari pun dr Pilah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.135682 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list