|
View: 1268|Reply: 4
|
Malaysia gesa hormati kedaulatan Venezuela – Anwar Ibrahim
[Copy link]
|
|
|
PETALING JAYA – Malaysia memandang serius perkembangan terkini di Venezuela susulan penahanan Presiden, Nicolas Maduro bersama isterinya dalam satu operasi ketenteraan Amerika Syarikat yang disifatkan luar biasa dari segi skop dan pelaksanaannya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tindakan tersebut merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa serta satu penggunaan kekerasan yang tidak sah terhadap sebuah negara berdaulat.
Menurut beliau, Presiden Maduro dan isterinya perlu dibebaskan tanpa sebarang kelewatan yang tidak munasabah kerana penyingkiran secara paksa seorang ketua kerajaan melalui campur tangan luar menetapkan satu duluan berbahaya dalam hubungan antarabangsa.
“Tindakan sedemikian menghakis sekatan asas terhadap penggunaan kuasa antara negara serta melemahkan rangka kerja perundangan yang menjadi tunjang kepada ketertiban antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Anwar menegaskan, masa depan politik Venezuela harus ditentukan sepenuhnya oleh rakyat negara itu sendiri tanpa sebarang paksaan atau campur tangan asing.
Katanya, sejarah telah membuktikan perubahan kepimpinan secara mendadak yang dicetuskan melalui kuasa luar sering membawa lebih banyak mudarat berbanding manfaat, apatah lagi bagi sebuah negara yang sedang berdepan krisis ekonomi berpanjangan serta tekanan sosial yang mendalam.
Tambah beliau, Malaysia kekal berpegang teguh kepada prinsip menghormati undang-undang antarabangsa dan kedaulatan negara sebagai asas kepada hubungan aman antara negara-negara.
“Pendekatan yang berteraskan penglibatan konstruktif, dialog serta usaha meredakan ketegangan merupakan jalan paling berwibawa untuk melindungi orang awam dan memberi ruang kepada rakyat Venezuela mencapai aspirasi sah mereka tanpa menambah penderitaan sedia ada,” katanya.
Sumber :– KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu diaaaa...... Venezuelan celebrating dictator di tangkap...orang lain pula concern happiness venezuelan... Hahahaha
Apa kata ko sekolah China dengan kedaulatan malaysia dahulu.... Hikkks |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Peduli apa aku dengan kedaulatan negara lain. Donats.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Selama ni aku dok pikior, sapo laa design bendera wilayah persekutuan yang baru ni... huduh naw warnanya. Seperti sama dengan bendera satu negara tu... tapi tak berapa ingat.
Sekarang baru aku taw.
Serius laa... bendera lama wilayah lagi hensem. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|