CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8968|Reply: 81

36 jemaah terkandas sudah keluar Madinah

[Copy link]
Post time 5-1-2026 08:48 AM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA – Seramai 36 jemaah umrah yang dilaporkan terkandas di Madinah, kini sedang dalam perjalanan ke Mekah seterusnya dijangka berlepas ke tanah air esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh pelakon, Avaa Vanja yang juga mutawifah serta turut mengiringi perjalanan kumpulan jemaah tersebut dengan menaiki bas.

“Alhamdulillah, on the way (dalam perjalanan) ke Mekah,” katanya menerusi mesej ringkas kepada Kosmo! bersama beberapa gambar hari ini.

Hari ini Kosmo! Online melaporkan, seramai 36 jemaah umrah yang dilaporkan terkandas di Madinah, berjaya mendapatkan tiket penerbangan pulang menerusi hasil sumbangan pelbagai pihak dan rakyat Malaysia serta dijangka berlepas ke tanah air esok.

Penerbangan itu adalah melalui pesawat AirAsia X dari Jeddah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

Sehubungan itu, sumbangan yang dibuka sebelum ini telah ditutup memandangkan jumlah terkumpul itu mencukupi untuk pengurusan dan membawa pulang jemaah tersebut ke Malaysia.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan, seramai 36 jemaah umrah termasuk 11 kanak-kanak dan seorang warga emas berkerusi roda sebelum ini dilaporkan hidup seperti nomad apabila dikatakan terpaksa berpindah-randah hotel di Mekah dan Madinah beberapa kali, berikutan pihak agensi didakwa gagal membuat tempatan awal.

Bahkan, lima daripada jemaah itu sepatutnya kembali ke Malaysia pada 30 Disember, tidak dapat berbuat demikian berikutan tiket didakwa belum ditempah oleh pihak agensi, manakala baki yang lain pulang ke tanah air pada semalam belum mendapat tiket tersebut.

Sumber :– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali pergi umrah DIY je pergi sendiri... Kalau ko pergi ramai ramai nak shopping okey la, masalahnya bila masuk Masjidil haram, automatik buat ibadah sendiri sendiri ikut kehendak masing masing.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 10:53 AM | Show all posts
tak faham masalah diorg nie...masa pergi takde return flight ticket ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols baca kat fb jemaah2 ni yg scammer.
Cer baca kat fb Afiz Ayub (Wafiz) mcmana dia discam oleh jemaah ni. Duit derma dah msuk dlm acc sorg jemaah ni utk beli tiket, alih2 jemaah ni mintak tlg artis.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ha ah scammmm
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 5-1-2026 11:02 AM
Meols baca kat fb jemaah2 ni yg scammer.
Cer baca kat fb Afiz Ayub (Wafiz) mcmana dia discam oleh je ...

Actually memang jemaah ni tak bayar pun pada TA tu kah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2026 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 5-1-2026 11:02 AM
Meols baca kat fb jemaah2 ni yg scammer.
Cer baca kat fb Afiz Ayub (Wafiz) mcmana dia discam oleh je ...

Actually memang jemaah ni tak bayar pun pada TA tu kah

Nampak macam dia tak berani sebut siapa TA tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
makita: Meols baca kat fb jemaah2 ni y ...


Maksudnya? Jemaah ni pergi umrah tak ikut mana-mana TA ke? Atau pengurusan TA yang bermasalah? (serius nak tahu...)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya Ava Vanja...wpon x glamer mana... terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by makita at 5-1-2026 11:49 AM

36 jemaah ni pegi buta2 xde tiket balik. Tak ada TA mana2 pon tipu dorg sampai terkandas. Ni nak balik Msia, dorg claim x dpt balik sbb kene tipu. Tpi sampai skrg dorg x dpt bgtaw sapa yg tipu dorg.

Afiz Ayub ni duk kat Arab sana biasa bantu2 org. Dia kerahkan gang2 dia tlg bantu. Ada yg sediakan makanan semua lah. Dan Afiz ni mintak derma kat rakyat Msia sehari dah penuh duit utk beli tiket. Acc tu guna acc jemaah. Kutipan cecah lebih 50k dah. Arif ni siap cari2 org leh bantu sampai dpt tiket murah dah ni. Alih2 jemaah tu senyap bila duit dah msuk dan deal dgn Ava pulak. Avni yg cuma kutip 4k utk bantu jemaah. Jadi Arif mintak jemaah ni pulangkan balik duit derma tu. Tp kene ghosting. Skrg gov lak nk tlg bawak balik jemaah ni.

Gitu lah citernya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupanya dia nak ziarah maknya operation di Madinah, yang pelik kenapa kau buat Umrah???

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 12:17 PM | Show all posts
cicicumel replied at 5-1-2026 11:37 AM
Bagusnya Ava Vanja...wpon x glamer mana... terbaik

ayu dah tak nak jd hantu terbang2 kt kg pisang

ayu sudah berhijrah
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 12:18 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 5-1-2026 12:13 PM
Rupanya dia nak ziarah maknya operation di Madinah, yang pelik kenapa kau buat Umrah???

say what?????

nak kena deme nih



Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 12:21 PM | Show all posts
lepas baca 2 komen kat atas ni, iolss nak tanya.

1. dorang ni sedara mara ke?
2. siapa ketua rombongan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 12:33 PM | Show all posts
makita replied at 5-1-2026 11:48 AM
36 jemaah ni pegi buta2 xde tiket balik. Tak ada TA mana2 pon tipu dorg sampai terkandas. Ni nak bal ...

owh kisahnya...baru faham...thanks for sharing...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 12:36 PM | Show all posts
makita replied at 5-1-2026 11:02 AM
Meols baca kat fb jemaah2 ni yg scammer.
Cer baca kat fb Afiz Ayub (Wafiz) mcmana dia discam oleh je ...

yg scam tu semua 36 jemaah ni ke? dorg tak pegi ikut mana2 TA ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 5-1-2026 12:36 PM
yg scam tu semua 36 jemaah ni ke? dorg tak pegi ikut mana2 TA ye?

Mula2 kata ada TA yg scam dorg. Tp xde TA mana2 pon yg bwk dorg ke sana pon.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 12:57 PM | Show all posts
Dah masuk 2026, dalam group tu pun ada orang muda2, tak mungkin tak literate tak reti check ticket pergi balik dengan agensi, kalau takde tiket kenapa berani proceed pergi jugak? something fishyyyyy... mudah pulak dapat bantuan kes-kes kebodohan macam ni ye. maap cakap, memang bodoh kalau zaman skrg tak check documents pergi-balik keluar negara, tak kira la umrah ke melancong ke ziarah ke.. something wrong somewhere, macam nak pergi sahaja, takde tiket balik pun takpe, nanti kawtim kat mekah... gitteww..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 01:01 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 5-1-2026 12:57 PM
Dah masuk 2026, dalam group tu pun ada orang muda2, tak mungkin tak literate tak reti check ticket p ...

kot ada yg berfikiran..takpe kita guna duit kita utk beli tiket pergi dan book & byr a few nights kat hotel...selebihnya kita reka la citer supaya penginapan dan tiket balik nnt ada org baik hati sponsor. org malaysia kan suka derma tak kisah kena scam sekalipun sbb afterall, penderma2 tu akan fikir - takpe, tu urusan dia dgn Allah, janji kita kumpul pahala sedekah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 01:04 PM | Show all posts
mejaputih replied at 4-1-2026 07:01 PM
kot ada yg berfikiran..takpe kita guna duit kita utk beli tiket pergi dan book & byr a few nights  ...

Iya, tak logik ya... kita yang pergi hatyai pun risau tak book tiket pergi balik, hotel nak extend lagi... walaupun sebelah je sempadan.. hahaha
Dah lah pergi segerombolan family dari anak kecik sampai orang tua wheelchair.....TAKKKKKKANNN sorang pun tak suspicious daripada awal, unless memang mengharapkan bantuan drpd Malaysia...sebab tau Malaysian esp orang kaya2 jadi pemurah nak tiket pahala kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366600 Replies : 3562
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43905 Replies : 574
Rumah besar macam istana, Amira Othman anak orang kaya tapi tak suka menunjuk
RalineRumah besar macam istana, Amira Othman a
Views : 21544 Replies : 164
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58224 Replies : 1097
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 3421 Replies : 1
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39021 Replies : 87
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31606 Replies : 23
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26803 Replies : 39
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 11602 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35742 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.082545 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list