|
|
Susulan penampilannya yang kini tidak lagi berhijab, pelakon Aprena Manrose dalam satu kenyataan berkata dirinya seorang manusia yang tidak terlepas daripada kesilapan.
Menerusi satu hantaran di Insta Story, Aprena berkata dia mengakui menutup aurat adalah wajib dalam Islam dan tidak akan membela dirinya.
“Iya, saya pun manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesalahan. Saya tak baik, saya pendosa dan banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki.
“Tapi saya tak akan berhenti menuntut ilmu dan sebarkan hal-hal agama walaupun saya tidak mampu menutup aurat dengan sempurna. Nak tunggu sempurna baru hendak buat kebaikan, memang sampai matilah saya hanyut.
“Saya percaya semua orang ada kesusahan masing-masing dan cara tersendiri untuk atasi masalah. Saya pernah cakap, yang baik sila ikut, yang tak baik jangan sesekali ikut. Saya tidak akan membela diri kerana benar, tutup aurat adalah wajib,” tulisnya.
Sementara itu, Aprena turut menasihati mereka diluar sana yang meninggalkan komen keterlaluan serta tidak bercakap buruk tentang orang lain. Tambah Aprena lagi, dia turut memaafkan netizen serta tidak menyalahkan mereka.
“Pada yang komen bahasa terlalu kesat itu, siasat diri sendiri dulu okay? Pastikan korang tak tinggal solat lima waktu. Saya maafkan korang semua. Saya tahu korang hanya bercakap apa yang korang nampak jadi saya tak salahkan,” tulisnya.
Sumber: Rotikaya |
|