|
View: 232|Reply: 6
|
[Lain-lain]
Harapan terakhir buat Athalia: Kanak-kanak 3 tahun Sarawak perlukan RM200,000 untuk pemindahan hati
[Copy link]
|
|
|

Orang ramai boleh menyalurkan bantuan menerusi kod QR yang disediakan khas atau menghubungi nombor yang tertera bagi pertanyaan lanjut. - Gambar Facebook Nadi Permata Malaysia
KUCHING: Di usia yang sepatutnya dipenuhi gelak tawa dan langkah kecil yang lincah, Adik Athalia Feodora Augustine, tiga tahun, kini berjuang mempertaruhkan nyawanya demi satu peluang untuk terus hidup.
Anak kecil dari Bintulu itu disahkan menghidap Biliary Atresia, sejenis penyakit hati yang jarang berlaku sejak kecil.
Pembedahan Kasai yang dijalani sebelum ini tidak berjaya menyelamatkan hatinya, dan kini pemindahan hati menjadi satu-satunya harapan untuk Athalia meneruskan kehidupan.
Lebih meruntun perasaan, kedua-dua ibu bapanya tidak layak menjadi penderma akibat faktor kesihatan.
Namun dalam kegetiran ujian itu, sinar kasih sayang keluarga tampil menyuluh harapan apabila ibu saudaranya, Angelina, 23 tahun, sanggup menderma 20 peratus hatinya demi menyelamatkan nyawa Athalia.
Sukarelawan yang membantu keluarga Athalia, Isabel Wong berkata, dia mengetahui tentang adik Athalia sejak tahun 2023 semasa di Hospital Bintulu. Katanya, dia selalu berjumpa dengan Athalia semasa pemeriksaan susulan anaknya di Hospital Bintulu dan merasa sedih kerana tiada bantuan untuk keluarga berkenaan memandangkan rawatan memakan kos tinggi.
“Ibu bapa adik Athalia tidak tahu dimana untuk mendapatkan bantuan, dan saya berusaha membantu mereka.
“Oktober yang lalu, apabila adik Athalia muntah darah saya telah membantu keluarga dengan mendapatkan sumbangan dana sehingga RM25,000 untuk membawanya ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM).
“Namun ini hanya untuk rawatan sementara bagi menstabilkan keadaan,” katanya kepada ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, hari ini.
Athalia bersama ibu bapanya, yang menyeru bantuan orang ramai bagi menjalani rawatan serta pembedahan pemindahan hati yang kompleks dan berisiko tinggi.
Difahamkan menurut laman Facebook Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia (NPM) iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Athalia akan berangkat ke China bersama seorang lagi kanak-kanak pesakit, Adik Helena, bagi menjalani rawatan serta pembedahan pemindahan hati yang kompleks dan berisiko tinggi.
Namun, cabaran terbesar keluarga ini adalah kos rawatan yang dianggarkan mencecah RM200,000, satu jumlah yang amat besar dan sukar ditanggung tanpa bantuan orang ramai.
Sehubungan itu, satu tabung kutipan dana khas telah dibuka pada 29 Disember 2025 bagi membantu menampung kos pembedahan, rawatan susulan dan perbelanjaan berkaitan.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh mengimbas kod QR yang disediakan khas untuk tabung Adik Athalia.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Isabel (Keluarga Athalia): +6017-378 8500
atau Mars (NPM): +6013-744 4501
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tabung yang dibuka sejak 29 Disember 2025 berjaya kumpul RM242,091.94, melepasi jumlah diperlukan
Januari 8, 2026, Khamis - 5:36pm

Kutipan dana bagi membantu Adik Athalia akhirnya mencapai sasaran, yang membolehkannya menjalani pembedahan di China.
“Setiap kebaikan yang dihulurkan memberi kami kekuatan untuk terus bertahan. Kami tidak mampu membalasnya selain dengan doa,”
Keluarga Adik Athalia
KUCHING: Selepas berminggu-minggu bertarung dengan masa dan harapan, kutipan dana bagi membantu Adik Athalia Feodora Augustine, tiga tahun, menjalani pembedahan pemindahan hati akhirnya mencukupi yang menjadi sinar baharu buat kanak-kanak kecil itu dan keluarganya.
Menurut laman Facebook Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia (NPM) iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu Athalia, tabung yang dibuka sejak 29 Disember 2025 berjaya mengumpulkan sebanyak RM242,091.94, melepasi jumlah yang diperlukan.
Lebihan dana berjumlah RM42,091.94 pula akan disalurkan kepada Adik Helena, seorang lagi kanak-kanak yang turut berjuang demi kelangsungan hidupnya.
Dalam linangan rasa syukur, keluarga Adik Athalia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang tampil menghulurkan bantuan bukan sahaja melalui sumbangan wang, malah doa, sokongan moral dan perkongsian kisah perjuangan anak kecil itu.
“Setiap kebaikan yang dihulurkan memberi kami kekuatan untuk terus bertahan. Kami tidak mampu membalasnya selain dengan doa,” kata keluarga Adik Athalia.
Sebagai perkembangan terkini, Adik Athalia dijadualkan berangkat ke Shanghai, China semalam (8 Januari 2026) bagi menjalani prosedur pemindahan hati yang menjadi satu-satunya harapan untuk terus hidup.
Adik Athalia akan ditemani oleh ibunya serta ibu saudaranya yang juga penderma, diiringi pasukan daripada Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia (NPM).
Orang ramai terus dimohon mendoakan perjalanan mereka dipermudahkan, pembedahan berjalan lancar serta Adik Athalia dikurniakan kekuatan dan kesembuhan yang terbaik.
Sebelum ini Utusan Borneo melaporkan Adik Athalia berjuang mempertaruhkan nyawanya demi satu peluang untuk terus hidup.
Anak kecil dari Bintulu itu disahkan menghidap Biliary Atresia, sejenis penyakit hati yang jarang berlaku sejak kecil.
Pembedahan Kasai yang dijalani sebelum ini tidak berjaya menyelamatkan hatinya dan kini pemindahan hati menjadi satu-satunya harapan untuk Athalia meneruskan kehidupan.
Athalia akan berangkat ke China bersama seorang lagi pesakit kanak-kanak, Adik Helena bagi menjalani rawatan serta pembedahan pemindahan hati yang kompleks dan berisiko tinggi.
Namun, cabaran terbesar keluarga itu adalah kos rawatan yang dianggarkan mencecah RM200,000, satu jumlah yang amat besar dan sukar ditanggung tanpa bantuan orang ramai.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Adik Athalia jalani pembedahan hati di China hari ini
Januari 14, 2026, Rabu - 11:34am

Flora, Athalia, Isabel dan Angelina merakam gambar bersama di wad Hospital Renji, malam tadi. - Gambar ihsan Isabel Wong
KUCHING: Adik Athalia Feodora Augustine yang menghidap Biliary Atresia, sejenis penyakit hati yang jarang berlaku sejak kecil, menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Renji di Shanghai, China hari ini.
Sukarelawan yang membantu keluarga Athalia, Isabel Wong berkata, kanak-kanak berusia empat tahun itu telah memasuki dewan pembedahan pada pukul 8 pagi untuk menjalani pemindahan hati daripada ibu saudaranya Angelina Jenat, 24.
"Kita berdoa agar segala urusan dipermudahkan serta Athalia dijauhkan daripada segala komplikasi," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sementara itu, Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia (NPM) turut berharap orang ramai dapat mendoakan agar perjalanan pembedahan itu berjalan dengan lancar, selamat dan dipermudahkan.
"Semoga adik Athalia dan Cik Angelina dikurniakan kekuatan, kesihatan yang baik serta perlindungan sepanjang proses pembedahan dan tempoh pemulihan nanti," katanya dalam catatan Facebook pada Selasa.

Athalia sebelum pembedahan, hari ini. - Gambar ihsan Isabel Wong
Athalia yang tiba di Shanghai, pada 8 Januari lalu bersama ibunya Flora Jenat dan Angelina, turut ditemani Isabel serta pasukan NPM.
Ia susulan kejayaan tabung kutipan dana khas yang dibuka sejak 29 Disember 2025 bagi menampung kos pembedahan, rawatan susulan dan perbelanjaan berkaitan, yang berjaya mengumpulkan sebanyak RM242,091.94 pada 7 Januari.
"Kami akan maklumkan perkembangan dari semasa ke semasa," kata Isabel lagi.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Demi Athalia membesar dengan sihat, ibu saudara sanggup derma hati
Januari 15, 2026, Khamis - 11:00am

Angelina menatap wajah anak saudaranya dengan penuh kasih sayang sebelum mereka menjalani pembedahan hati di Hospital Renji, Shanghai, China. - Gambar ihsan Isabel Wong
KUCHING: “Saya cuma mahu dia membesar sihat seperti kanak-kanak lain.”
Kata-kata itu bukan sahaja ringkas tetapi amat bermakna buat Angelina Jenat, 24, ketika ditanya mengenai ketakutannya sebelum menjalani pembedahan pemindahan hati.
Namun, pembedahan pemindahan hati itu bukan untuk dirinya atau demi mengubah kehidupannya, sebaliknya sebagai penderma hati bagi menyelamatkan nyawa anak saudaranya, Athalia Feodora Augustine.
Athalia, 4, yang menghidap Biliary Atresia, sejenis penyakit hati yang jarang berlaku sejak kecil, selamat menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Renji, Shanghai, China pada Rabu.
Bagi Angelina, hari itu bukan tentang dirinya tetapi demi anak saudaranya dapat membesar sihat seperti kanak-kanak lain.
“Saya tidak fikir tentang diri saya. Saya cuma fikir, kalau ini boleh beri dia peluang untuk hidup, saya sanggup,” katanya perlahan.
Angelina yang dikenali sebagai seorang yang pendiam dan pemalu, mengakui dia berasa takut, namun memilih untuk tidak menunjukkan perasaan itu.
“Sudah tentu saya takut,” katanya.
“Tapi saya lebih takut kalau sesuatu berlaku kepada dia dan saya tidak berbuat apa-apa.”
Sementara itu, seorang lagi sosok penting dalam perjuangan Athalia ialah sukarelawan yang membantu keluarga Athalia, Isabel Wong.

Isabel (kiri) bersama Angelina sebelum pembedahan hati demi menyelamatkan Athalia di Hospital Renji, Shanghai. - Gambar ihsan Isabel Wong
Isabel yang sentiasa mengemas kini keadaan Athalia berkata, Athalia kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) untuk pemantauan rapi, manakala Angelina yang tampil sebagai penderma hati berada dalam keadaan stabil.
“Pembedahan Athalia mengambil masa yang agak lama, namun secara keseluruhannya berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo malam tadi.
Menurutnya, kejayaan pembedahan itu tidak mungkin berlaku tanpa pengorbanan Angelina yang sanggup mengetepikan ketakutannya sendiri.
“Tanpa Angelina, tiada kutipan dana, tiada perjalanan ke Shanghai dan tiada pembedahan ini,” katanya.
Isabel berkata, pada usia yang masih muda, Angelina juga terpaksa berbaring di meja pembedahan, menanggung kesakitan dan risiko yang bukan semua orang sanggup hadapi.
"Terima kasih, Angelina, kerana sanggup memberi sebahagian daripada dirimu demi masa depan Athalia, demi peluang untuk terus hidup,” katanya lagi.
Sumber : Utusan Borneo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|