CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1870|Reply: 28

Safiey Illias dakwa rugi RM38 juta, ditipu 3 individu termasuk Datuk Seri

[Copy link]
Post time 31-12-2025 05:39 PM | Show all posts |Read mode





Usahawan kosmetik, Mohd Safiuddin Ilias atau lebih dikenali sebagai Safiey Illias mendakwa kerugian mencecah RM38 juta selepas diperdaya seorang penjual kenderaan mewah dan isterinya.

Safiey, 31, mendakwa seorang lagi individu bergelar Datuk Seri yang memiliki enam syarikat dan panel insurans turut terbabit dalam penipuan itu.

Menurutnya, dia mengenali individu itu menerusi beberapa kenalan dan pernah membeli sebuah kereta terpakai daripada rakan lelaki itu pada 2017.

"Kes ini membabitkan pecah amanah jenayah terancang, penipuan, penggubahan wang haram, penyelewengan dana, pelupusan harta dan wang yang diamanahkan dan salah guna kuasa.

"Ini bukan pertikaian sivil, sebaliknya ada elemen jenayah pecah amanah dan jenayah terancang bersindiket menggunakan taktik sambung bayar tanpa pengetahuan pemilik kereta.

"ada 2019 dan 2020, saya minta dia jual kereta saya dan ayah, mereka menyalahgunakan kuasa sebagai ejen untuk menyeleweng serta menggelapkan dana, melupuskan harta saya iaitu kereta berkenaan," katanya kepada Harian Metro.

Usahawan itu mendakwa lelaki itu adalah dalang utama kegiatan penipuan terbabit yang pada mulanya bertindak sebagai ejen mewakili diri dan bapanya untuk menjual kereta jenis Toyota Alphard, Mini Cooper, John Cooper Work dan Mercedes C200 serta menguruskan beberapa aset syarikat.

Menurutnya, lelaki terbabit mempunyai sejumlah kawalan terhadap harta dan dana yang diamanahkan kepadanya namun diseleweng bagi kepentingan diri sendiri dan diagihkan ke dalam beberapa akaun.

"Mereka bukan sahaja dengan curangnya menyalahguna wang, bahkan melucut hak saya dan keluarga serta waris bahkan hak kakak sulung saya sebagai bekas pengarah syarikat saya.

"Ini termasuk, hak cap dagang yang dipatenkan dan berdaftar atas nama saya dan syarikat, nama baik saya, aset syarikat, reputasi syarikat, malah melucut hak wang syarikat termasuk akaun KWSP.

"Saya bukan sahaja kerugian dari segi aset, perniagaan, nama baik, malah kehilangan hak ke atas semua jenama milik saya termasuk produk hak cipta terpelihara dan insurans hayat bernilai RM10 juta.

"Kalau saya tidak didorong dan diperdaya dengan janji-janji itu, saya tidak akan melakukannya bahkan menyerahkan harta berkenaan," katanya.

Menurutnya, laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah dibuat dengan harapan tiada lagi orang lain menjadi mangsa.

"Trend ini semakin rancak dilakukan dan diiklankan di pelbagai platform digital termasuk ada group Facebook dengan nama kereta sambung bayar deposit 'direct owner'.

"Mereka juga sering mengugut pihak lain dengan buat 'cover report', kontrak atau perjanjian secara sepihak dan paksaan serta pengaruh tidak wajar dengan kononnya menggunakan pendaftaran syarikat yang didaftarkan sebagai lesen sah untuk kaedah sambung bayar berdeposit," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes itu dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Sumber : BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2025 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang juta"
Agaknya da ke yg belanha produc dia orang
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah nk percaya.. sorry
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana rupa muka dia yg terbaru
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada lagi dia ni. Lama tenggelam.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul la dia kena tipu, aku nak ucap “padan muka”
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2025 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
betul ke dia ada 38 juta???
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mendaaaa merapu2 sangat nih
Dari jadi ejen jual keta dia, terus dapat rembat seluruh aset syarikat dia hahahahaha
Maaf, ini kes lucu  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2025 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti syarikat dia ada buat palat dengan byk pihak ni
Taktik biasa ni, cakap dia kena tipu dgn orang dan yg buat hal tu org yg tipu dia tu lah

Akal penipu mudah dibaca
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 11:25 PM | Show all posts
Nak keluar produk baru ke?
Kena jual sobs story dulu baru acik2 bergegas membeli
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
diri sendiri pun ditipunya... inikan org
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
hokeypokey: betul ke dia ada 38 juta???
ckp si pudin ni jgn caya sgt sbb dia ni delulu..sumber 38m tu drpd mana? Proxy cuci ni sbbtu kne game blk..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak juai produk apa pulak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
j3m4h replied at 1-1-2026 06:11 AM
ckp si pudin ni jgn caya sgt sbb dia ni delulu..sumber 38m tu drpd mana? Proxy cuci ni sbbtu kne gam ...


THIS.
It's an open secret pun
Kebanyakan founder2 yg produk tak pernah nampak di pasaran apatah lagi org ramai dok pakai, tapi hidup mewah mcm pewaris reta jeff bezos, mereka cuma proxy cuci2 duit saja
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Selagi engkau tak letak Allah no.1 dlm hidup engkau, selagi tu engkau ditimpa pelbagai masalah dan musibah...x kira siapa termasukla aku yg menulis ni....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila aku tulis letak Allah no.1 dlm hidup...maknanya sangat meluas...bukan sekadar solat 5 waktu tetapi seluruh hidup kita berpaksikan kepada suruhan Allah dan meninggalkan segala yg dilarang...cth  hubungan sesama ibu bapa, hubungan sesama manusia, cara kita berpakaian, .. dan semua perbuatan dan tindak tanduk kita adalah mengikut suruhan Allah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2026 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aikk timbul balik mat ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
NuansaBiru replied at 1-1-2026 07:49 AM
THIS.
It's an open secret pun
Kebanyakan founder2 yg produk tak pernah nampak di pasaran apatah la ...

Yezza i second you nok, ytjt…heshe pon struggle dgn mental health sbb potong anu..kaki dadih tegar jua…
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama menyepi dia ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.088610 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list