CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1226|Reply: 1

Filipina beri amaran kapal China di perairan utara sewaktu ketegangan Taiwan memuncak

[Copy link]
Post time 31-12-2025 04:37 PM | Show all posts |Read mode





MANILA: Pengawal Pantai Filipina (PCG) semalam mengerahkan sebuah pesawat untuk mengekang sebuah kapal penyelidikan China yang berfungsi sebagai pangkalan bagi kenderaan selam.

Ia sejurus selepas kapal itu dikesan kira-kira 19 batu nautika dari pantai wilayah utara Cagayan.

Juruterbang pesawat berkenaan mengeluarkan beberapa amaran melalui radio kepada CRV Tan Suo Er Hao bagi mengesahkan sama ada kapal itu menjalankan penyelidikan marin tanpa kebenaran Manila, yang akan melanggar undang-undang Filipina dan antarabangsa.

Menurut kenyataan PCG, tiada sebarang respons diterima.

Kapal penyelidikan laut dalam sepanjang 87.25 meter, berlepas dari wilayah Hainan, China awal bulan ini dan memasuki bahagian barat Zon Ekonomi Eksklusif Filipina.

PCG berkata, ia kemudiannya dipantau bergerak ke arah timur kira-kira 55.8 batu nautika dari Santa Ana, Cagayan.

Cagayan, wilayah paling utara Pulau Luzon yang terletak berhampiran Taiwan, menempatkan salah satu daripada sembilan pangkalan tentera yang boleh diakses oleh pasukan Amerika Syarikat di bawah Perjanjian Kerjasama Pertahanan Dipertingkatkan (EDCA).

Semalam, China mengadakan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan, termasuk melancarkan roket ke perairan sekeliling serta mensimulasikan serangan dan sekatan dalam latihan yang digelar 'Justice Mission 2025'.

Latihan itu dilancarkan beberapa hari selepas Washington mengumumkan pakej senjata rekod bernilai AS$11.1 bilion (RM44.93b) untuk Taipei.

PCG berkata, kapal penyelidikan China itu dikesan melalui sistem pengesanan kapal gelap berasaskan satelit milik Kanada, Dark Vessel Detection.

Tiada komen daripada Kedutaan China di Manila ketika ini apabila diminta.

Sumber : BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2026 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366600 Replies : 3562
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43905 Replies : 574
Rumah besar macam istana, Amira Othman anak orang kaya tapi tak suka menunjuk
RalineRumah besar macam istana, Amira Othman a
Views : 21544 Replies : 164
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58224 Replies : 1097
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 3421 Replies : 1
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39021 Replies : 87
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31606 Replies : 23
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26803 Replies : 39
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 11602 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35742 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.041895 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list