|
View: 244|Reply: 3
|
Pimpinan tertinggi PAS dicadangkan Pengerusi PN, Ketua Pembangkang
[Copy link]
|
|
|
KUALA TERENGGANU: BERSATU negeri mencadangkan pemimpin PAS dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan, berkuat kuasa Khamis ini.
Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Razali Idris, berkata pimpinan tertinggi PAS juga dicadangkan mengambil alih tugas sebagai Ketua Pembangkang yang kini disandang oleh Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata, BERSATU negeri menghormati keputusan Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN, selepas menerajui parti gabungan itu sejak 2015.
"Tindakan Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri meletak jawatan bertepatan dan bijak selepas melaksanakan tanggungjawab terbaik sepanjang memegang jawatan itu sejak 10 tahun lalu.
"Kita menghormati keputusan Muhyiddin meletakkan jawatan dan dia kini tidak perlu lagi mengharungi liku-liku yang sulit atas pergolakan yang berlaku kepada PN," katanya ketika dihubungi hari ini.
Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri berkata demikian ketika mengulas peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Pengerusi PN hari ini.
Susulan peletakan jawatan itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, turut mengumumkan meletakkan jawatan Setiausaha Agung dan Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor berkuat kuasa Khamis ini.
Terkini, Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengambil langkah sama apabila mengumumkan meletak jawatan daripada menerajui gabungan itu.
Razali yang juga EXCO kerajaan negeri meminta Muhyiddin mengekalkan jawatan sebagai Presiden BERSATU yang dipegangnya sejak 30 tahun lalu.
Katanya, peletakan jawatan Muhyiddin tidak memberi kesan kepada pentadbiran BERSATU kerana pergolakan yang berlaku hanya membabitkan PN.
"Kita turut mencadangkan Menteri Besar negeri yang juga Pengerusi PN negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi PN Pusat menggantikan Muhyiddin," katanya.
Sementara itu, usaha media untuk mendapatkan kenyataan mengenai pergolakan pimpinan PN daripada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang gagal selepas beberapa petugas berkumpul di hadapan kediamannya di Kampung Rusila, di sini ,sejak jam 9 pagi.
Difahamkan, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang sedang menjalani rawatan kesihatan di sebuah hospital di Terengganu.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pucuk dicita ulam mendatang, bagai mengantuk disorongkan bantal giteww... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Parlimen pun ponteng yg paling atas tuu |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|