CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 4075|Reply: 54

Dr Afifah mahu lapor polis, ambil tindakan sivil terhadap Nubhan

[Copy link]
Post time 30-12-2025 05:12 PM | Show all posts |Read mode





Peguam syarie mewakili Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan pihaknya akan memfailkan tindakan sivil terhadap bekas suami anak guam, Nubhan susulan insiden pecah masuk kediaman dan mengeluarkan barang-barang tanpa izin.

Akberdin berkata, anak guamnya ketika ini berada di luar negara dan dijangka membuat laporan polis berhubung apa yang didakwa tindakan membawa keluar pelbagai barangan miliknya daripada kediaman terbabit tanpa notis, setibanya di tanah air, esok.

"Dr Afifah akan ambil tindakan sivil untuk ganti rugi kerana dia (Nubhan) melanggar undang-undang. Sesiapa pun, sama ada suami atau pemilik rumah, kalau sudah ada orang tinggal di rumah itu sebagai penghuni, dia tak boleh suka-suka pecah masuk atau keluarkan barang tanpa kebenaran.

"Tambah pula, dia tahu bekas isterinya sedang tuntut harta sepencarian di mahkamah. Anak-anak pula hendak tinggal di mana? Sepatutnya dia kena benarkan bekas isteri dan anak-anak terus tinggal di situ sehingga mahkamah buat keputusan.

"Kemudian pihaknya beri gambaran seolah-olah dia buat secara berhemah. Sedangkan, perbuatan itu jelas salah dan melanggar undang-undang. Sekarang ini kami boleh saman kerana dia (Nubhan) pecah masuk rumah dan keluarkan barang tanpa izin penghuni dan tanpa perintah mahkamah.

"erkara ini juga melanggar Seksyen 7 dan 8 Akta Relief Spesifik," katanya kepada BH Online di sini, hari ini.

Melalui hantaran Threads, malam tadi, Dr Afifah, 35, atau lebih dikenali sebagai Dr Fie, mendakwa barang-barang rumah yang dihuni bersama anak-anak, dicampak keluar dari kediaman tanpa pengetahuannya.

Akberdin berkata, Dr Afifah ada hak untuk terus menghuni kediaman berkenaan sementara prosiding tuntutan harta sepencarian masih berlangsung di mahkamah.

Akberdin menjelaskan mengikut Seksyen 7 dan 8 Akta Relief Spesifik, mana-mana pihak termasuk pemilik harta tidak boleh memasuki atau mengambil alih sesuatu harta tak alih tanpa perintah mahkamah.

"Undang-undang sama turut memperuntukkan bahawa walaupun penyewa gagal membayar sewa untuk tempoh lama, pengusiran secara paksa tetap tidak dibenarkan tanpa perintah mahkamah," katanya.

Sehubungan itu, tambah Akberdin, tindakan Nubhan yang didakwa memasuki rumah berkenaan ketika Dr Afifah berada di luar negara, mengeluarkan barangan peribadi serta menukar kunci kediamannya disifatkan sebagai melanggar undang-undang.

"Walaupun rumah itu atas nama Nubhan, dia tak boleh suka-suka keluarkan barang. Kena ikut undang-undang, ikut Seksyen 7 dan 8 Akta Relief Spesifik. Walaupun tuan punya tanah atau atau penyewa tidak bayar sewa berbulan-bulan, dia tetap tak boleh pecah masuk. Sama macam kes ini.

"Sepatutnya, dia benarkan bekas isteri masuk balik dan kalau hendak ambil barang, kena mohon. Tetapi, dia ambil kesempatan ketika anak guam saya tidak berada di Malaysia. Cara dia buat memang salah. Dia tak boleh masuk keluarkan barang-barang dan kemudian tukar kunci pula.

"Jadi, perbuatan dia melanggar undang-undang kerana dia tak dapat perintah mahkamah terlebih dahulu," katanya.

Nubhan, 39, sah bercerai dengan Afifah, pada 2 Disember lalu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hidup bersama selama 10 tahun.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2025 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha kan lebih berhemah bayar lawyer bg statement

Nanti send bill kat ex tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 05:16 PM | Show all posts
baru ku tau ada Akta Relief Spesifik
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 05:48 PM | Show all posts
sebab tu ramai penyewa dari neraka membiak..
ada akta so owner tak boleh nak sesuka halau keluar..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 30-12-2025 05:48 PM
sebab tu ramai penyewa dari neraka membiak..
ada akta so owner tak boleh nak sesuka halau keluar..
...

Tp ni kan ex laki bini noks.

"Sepatutnya, dia benarkan bekas isteri masuk balik dan kalau hendak ambil barang, kena mohon. Tetapi, dia ambil kesempatan ketika anak guam saya tidak berada di Malaysia. Cara dia buat memang salah. Dia tak boleh masuk keluarkan barang-barang dan kemudian tukar kunci pula.

Musti parashit sedang senyum kegirangan..bolehlah cuci cuci kaki jah
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap biar dikekalkan khidmat peguam 20% ini.
Setakat ini persembahan tidak mengecewakan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2025 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes, inilah makanan untuk si tunjal

Moga dgn lantikan loyer dan pulis report berkuranglah kelembaman pipah
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 30-12-2025 05:57 PM
Harap biar dikekalkan khidmat peguam 20% ini.
Setakat ini persembahan tidak mengecewakan.

Siapa? Abedin ni ke

Iols terjumpa TT anak dia hr tu..kemain gah ya rumah dia (walaupun bukan taste meols)

Tp iols lost respect kat dia since kes hibah balu tu..cara menang mcm harommmmm sesangat nokss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2025 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 30-12-2025 06:08 PM
Siapa? Abedin ni ke

Iols terjumpa TT anak dia hr tu..kemain gah ya rumah dia (walaupun bukan tast ...

Bukan. Peguam Syarie Nubhan.
Dah serupa peguam 20% Tiga Abdul.
Makin ke laut anak guamnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 30-12-2025 06:10 PM
Bukan. Peguam Syarie Nubhan.
Dah serupa peguam 20% Tiga Abdul.
Makin ke laut anak guamnya.

Sapa peguam dia eh? Kalau tgk gaya mcm kurang cerdik la

Btw mana dtg 20 persen tu uols?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Panjang lagilah kisah mereka ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by awanearisu at 30-12-2025 06:20 PM
pocongkiutss replied at 30-12-2025 06:13 PM
Sapa peguam dia eh? Kalau tgk gaya mcm kurang cerdik la

Btw mana dtg 20 persen tu uols?

20% tu skrip dari sini:


Nama peguam:
Perkara ini dimaklumkan peguam syarie Mohd Redzuan Ramli yang mewakili Nubhan apabila memaklumkan tindakan dibuat bapa tunggal itu bukan kesalahan undang-undang berikutan kediaman terbabit juga adalah miliknya.


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 30-12-2025 06:17 PM
20% tu skrip dari sini:



Ohh..iols ingtkn dia claim dpt share 20 persen dr nubis

Mmg seriously kurang cerdik..lawan dgn abedin lak tu..silap besor le..mau diputar segala akta yg ada tu..baguih juga la bab ni bior buku bertemu ruas

Nubis pun kalau dia ada berleter ke wasap bini suh amik barang sebelum ni..leh la tunjuk proof khen

Iols cam sedih pulak..elok happy2..bwk parashit masuk..sampai camni skali jadinya saling membenci
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
To pipah..kurangkan melepaskan perasaan kat Threads tu noks..kalau rasa nak meluah jugak buat satu account private ko bebel la sorang2 dalam tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa parashit?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
lawan semua laki2 yg tak berguna!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2025 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Abedin ni macam tak best pun. Dulu dengan ps pun senyap aje padahal kecoh gila harta sepencarian la apa la.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
X fikir panjang time gv tu buat hal cari gaduh bini
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 02:38 AM | Show all posts
cm_vungtau replied at 30-12-2025 10:16 PM
Abedin ni macam tak best pun. Dulu dengan ps pun senyap aje padahal kecoh gila harta sepencarian la  ...

..... dengan  shu pun "tak menang' .... kan ?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 03:43 AM | Show all posts

Sepatutnya bagi la ex duduk situ buat sementara. Kenapa tak boleh tolak ansur kan dia emak kpd anak anak awak?

Apa apa pun harta yang awak ada pun akan dibahagi kpd isteri juga sebab harta sepencarian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.045413 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list