|
View: 372|Reply: 7
|
Faizal Azumu umum letak jawatan Pengerusi PN Perak
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR: Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Ahmad Faizal membuat pengumuman itu melalui satu kenyataan di Facebook hari ini.
"Mengambil maklum keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN serta menghormati bahawa kuasa pelantikan adalah prerogatif Pengerusi, dengan ini saya memaklumkan peletakan jawatan saya sebagai Pengerusi PN Perak berkuat kuasa 1 Januari 2026.
"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan serta ahli-ahli parti komponen PN Negeri Perak atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan sepanjang saya menggalas amanah ini," katanya.
Terdahulu, Muhyiddin mengesahkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.
Selain Muhyiddin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN dan Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Turut bertindak serupa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal dengan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi PN Johor, sambil menyatakan tindakannya itu dibuat susulan peletakan jawatan oleh Muhyiddin.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
So team sape yg akan naik? Hamzah? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
buat parti baru la ni.. takkan buat parti karipap saden  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni la yg org pernah gosipkan ternampak gambar bersanding dgn yerra kakzira tu..memang pembohong pembawa gosip nya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Buat Parti Gagasan Rakyat Perak je lah |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|