|
View: 484|Reply: 9
|
Lelaki dirogol, polis rayu rakaman CCTV, saksi bantu siasatan
[Copy link]
|
|
|
London: Seorang lelaki dilaporkan dirogol berhampiran Pells Pool di bandar Lewes, Sussex, United Kingdom (UK).
Difahamkan kejadian berlaku antara jam 10 malam pada malam 25 Disember lalu dan 3 pagi pada hari sama.
Mangsa, dipercayai berumur dalam lingkungan 30-an, kini menerima sokongan daripada pegawai pakar.
Media sama turut melaporkan, kehadiran polis yang lebih ramai juga dijangka kekal di kawasan itu sepanjang siasatan dijalankan.
Dalam pada itu, pihak polis memaklumkan, supaya saksi atau sesiapa yang mempunyai maklumat digalakkan untuk tampil membantu siasatan.
Inspektor Detektif Gavin Patch berkata, pasukan khusus terus bekerja dengan tekun untuk meneroka semua laluan siasatan yang tersedia.
"Sebagai sebahagian daripada kerja ini, kehadiran polis boleh dijangka di kawasan Pells Pool dan Brook Street dan di bahagian lain Lewes, termasuk sekitar Eastgate Street serta Lansdown Place.
"Orang awam juga boleh memainkan peranan penting dalam membantu kami membina gambaran yang lebih jelas mengenai kejadian, sama ada mereka penduduk tempatan atau sedang melawat kawasan ini.
"Adakah anda berada di Lewes pada malam Krismas dan melihat sesuatu yang mencurigakan? Adakah anda mempunyai sebarang rakaman daripada kawasan berkenaan, atau sebarang maklumat yang boleh membantu?," katanya.
Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai rakaman daripada kawasan berkenaan atau maklumat lain yang boleh membantu siasatan untuk menghubungi polis.
Pells Pool adalah kolam renang awam terbuka di Lewes.
Struktur asal Pells Pool dibina pada tahun 1860 menjadikannya kolam renang awam air tawar terbuka tertua yang masih beroperasi di UK.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dirogol perempuan gemuuk macam dalam senario the movie ke |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi lelaki pun memang dah x selamat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya pelaku jantan. Takdenya nak report kalau perempuan.  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
org lelaki kena rogol
peliknya
klu betul la pompuan yg rogol mcm tak logik je
ke pompuan jelmaan  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
stigma bila lelaki "dicabul atau dirogol"... semua org akan gelak sbb semua pk lelaki kan, takkan lah tak melawan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
betullah boss ioolss pun tak berani nak kasi anak teruna dia jalan jalan sorang.. banyak kes kes rogol lelaki camni lah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pd pukul 10 mlm dan 3 pagi? 2 kali la dia kena ye, dirogol atau diliwat, kesian lelaki ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada yang tanya lelaki kalau tak rela boleh tegang ka? Jawapannya boleh.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|