|
View: 173|Reply: 4
|
Serangan di Bondi Beach: Suspek dipercayai bertindak sendiri, tiada kaitan dengan pengganas - Polis
[Copy link]
|
|
|
SYDNEY: Seorang bapa dan anak yang disyaki melakukan serangan bersenjata di Bondi Beach, Australia, dilaporkan bertindak sendiri dan tiada mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas lain, menurut polis, pada Selasa.
Sajid Akram dan anaknya, Naveed, dituduh membunuh 15 orang dalam serangan yang diinspirasikan kumpulan militan IS ketika festival Yahudi pada 14 Disember lalu.
Pasangan itu dikatakan mengembara ke selatan Filipina beberapa minggu sebelum serangan, menimbulkan spekulasi bahawa mereka mungkin mempunyai kaitan dengan pengganas di rantau yang mempunyai sejarah pemberontakan Islamis.
Pesuruhjaya Polis Persekutuan Australia, Krissy Barrett berkata, setakat ini, tiada bukti menunjukkan perkara tersebut.
“Individu ini didakwa bertindak seorang diri,” katanya.
“Tiada bukti menunjukkan mereka adalah sebahagian daripada sel pengganas yang lebih besar atau diarahkan orang lain untuk melakukan serangan itu.”
Beliau menambah, polis akan terus menyiasat sebab pasangan itu mengunjungi bandar Davao, di mana rakaman CCTV menunjukkan mereka hampir tidak meninggalkan hotel bajet yang didiami.
“Saya ingin jelaskan. Saya tidak menyatakan mereka berada di sana untuk tujuan pelancongan,” kata Barrett.
Polis percaya serangan itu telah dirancang dengan teliti selama beberapa bulan dan terdapat gambar menunjukkan mereka berlatih menggunakan senapang di kawasan luar bandar Australia.
Mereka juga merakam video pada Oktober lalu yang mengutuk “Zionis” sambil duduk di hadapan bendera kumpulan militan Negara Islam, menurut polis.
Sajid Akram, 50, ditembak mati oleh polis semasa serangan itu.
Beliau yang berasal dari India memasuki Australia dengan visa pada 1998.
Anaknya, Naveed, 24, lahir di Australia, masih ditahan dan didakwa atas 15 kes pembunuhan serta pelbagai kesalahan serius lain.
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, mengumumkan tindakan tegas terhadap pemilikan senjata api dan ucapan kebencian susulan serangan itu.
Beliau menjanjikan undang-undang lebih ketat, hukuman lebih berat dan skim pembelian semula senjata api berskala besar.
Program pembelian semula ini adalah yang terbesar sejak 1996, selepas serangan di Port Arthur meragut 35 nyawa.
Albanese juga memerintahkan semakan terhadap polis dan perkhidmatan perisikan. – AFP |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sikit2 kait islam teroris...time puak2 dia yg tembak nak2 US sana terus cakap bukan...nasib aussie ni bagus |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols dr awal skeptikal
Nama kellyng tp kaitkan dgn IS
Set2 ni penyembah zionis
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
X pasal2 Islam dapat nama busuk |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_jeangrey replied at 30-12-2025 02:56 AM
Iols dr awal skeptikal
Nama kellyng tp kaitkan dgn IS
Set2 ni penyembah zionis
Ini guna nya AI... Bukan jadi fortune teller maybe la UK syllabus..
"Naveed Akram" is a Muslim name.
Naveed (نوید): A Persian-origin name commonly used in Muslim cultures, meaning "glad tidings" or "good news" [1.5].
Akram (اکرم): An Arabic-origin name commonly used by Muslims, meaning "most generous" or "noble" [1.5]. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|