CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 689|Reply: 5

Jangan betulkan benda yang salah, yang ‘disakau’ itu bilion bukan setakat seratus dua – Bunga Isme

[Copy link]
Post time 29-12-2025 03:53 PM | Show all posts |Read mode





“Jangan betulkan benda yang salah dan biasakan yang salah.”

Demikian pandangan penyanyi dan pencipta lagu, Bunga Isme, 25, berhubung tindakan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak yang seolah-olah ‘menutup mata’ berhubung kes penyelewengan dana membabitkan bekas perdana menteri itu.

“Takut baca komen dekat TikTok – walaupun dia sakau duit rakyat, tapi rakyat senang masa dia memerintah”.

“Jangan betulkan benda yang salah, dan biasakan yang salah. Yang disakau itu billion, bukan setakat seratus dua.

“Yang berasa kesakitan itu bukan waktu dia memerintah, kesakitan itu terasa selepasnya, tambah pula keruntuhan pentadbiran semasa covid-19, sekarang baru nak pulih sikit-sikit.

“Sekarang kita kena banyak berjimat, semata-mata nak bayar hutang,” tulisnya di Threads.

Mahkamah Tinggi Jumaat lalu menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion ke atas Najib selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd. Bakhari dalam perkongsian sama turut mendakwa kes penyelewengan berkenaan memberi impak kepada tadbir urus ekonomi negara sekarang.

“Adik-adik, yang mungkin ada rasa senang masa zaman itu (memang best pun tak disangkal, slogan 1 Malaysia, BR1M, klinik 1 Malaysia memang menjadi) dan mungkin rasa susah zaman sekarang, itu lah puncanya.

“Berbillion kena sakau, hutang semakin meningkat, kekurangan dana untuk perkara-perkara kerajaan seperti subsidi, sekolah, hospital.

“Subsidi mungkin adik adik rasa macam remeh, tapi subsidi ini banyak, subsidi minyak, gula, petrol, pendidikan,” kongsinya.


Sumber : - UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2025 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia mcm ni dik. Benda bukan bidang kita, baik diam2 je. Ramai artis2 senior sibuk nak ulas2 hal politik. Tapi bila org start serang, masuk hal2 fakta terus koyak. Duk diam2 fokus bidang ko je dik. Ada benda tak suka lebih baik bincang sesama kwn2 or family je. Jgn pos kt socmed. Kang kalau dah kene serang ko jugak yg depression.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 11:55 AM | Show all posts
nak jadi puteri la tu tak pun masuk calon
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 03:36 PM | Show all posts
Ada harapan dia ni masuk politaik

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak gomen jaga kaunter pejabat tanah ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 04:11 PM | Show all posts
tapi la kan, honestly aku rasa betul je apa yg die ckp tu. si bijan tu bukannye asal orang miskin tetiba jadi kaya, bapak die ex pm kot. keluarga dia pun keturunan orang kaya, siap ada title setaraf duke lagi kt pahang tu.  dah kaya tapi melahap jugak smpi berbillion. that's another level of greed
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.207410 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list