CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 162|Reply: 0

Kawan makan kawan, kawan pilih jadi lawan – Ahmad Fadhli

[Copy link]
Post time 29-12-2025 10:57 AM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Satu hantaran di media sosial oleh Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, hari ini mencuri perhatian kerana menimbulkan tanda tanya.

Menerusi kenyataan ringkas itu, Ahmad Fadhli menyebut tentang hubungan kawan yang akhirnya menjadi lawan, namun tidak mengulas lanjut mengenainya.

Hantaran itu dimuat naik tidak lama selepas Menteri Besar Perlis yang baharu, Abu Bakar Hamzah dari Parti Pribumi Bersatu mengangkat sumpah di Istana Arau, Perlis hari ini.


“Kawan makan kawan. Bermaksud kawan sudah memilih menjadi lawan,” katanya tanpa sebarang huraian terperinci.

Walaupun tiada mana-mana individu atau kumpulan disebut secara jelas, ramai netizen mengaitkannya dengan krisis politik yang berlaku di Perlis.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tanda tanya siapa Menteri Besar Perlis yang baharu terjawab apabila Abu Bakar mengangkat sumpah jawatan itu, petang ini.

Istiadat pelantikan dan angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail kira-kira pukul 4 petang.

Beliau dilantik menggalas tanggungjawab itu selepas Mohd. Shukri Ramli daripada Pas mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela atas faktor kesihatan pada Khamis lalu.

Sumber:– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.033403 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list