CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 291|Reply: 3

Penyanyi Indonesia, Sammy Simorangkir sifatkan durian Malaysia terbaik di dunia - “Durian Malaysia sangat best. Tak ada di mana-mana"

[Copy link]
Post time 29-12-2025 10:19 AM | Show all posts |Read mode







PENYANYI Indonesia Sammy Simorangkir tidak dapat menahan diri daripada menikmati keenakan durian tempatan saat menjejakkan kaki di Kuala Lumpur kelmarin.

Kehadiran Sammy di Kuala Lumpur adalah untuk persembahan konsert solo pertamanya di sini yang berlangsung semalam.

Menurut Sammy atau nama sebenarnya Hendra Samuel Simorangkir, 43, dia sangat menggemari durian dari Malaysia yang disifatkan antara durian terbaik di dunia.

“Durian Malaysia sangat best. Tak ada di mana-mana. Saya suka durian musang king, udang merah dan black thorn. Saya mahu cuba semuanya,” katanya ketika ditemui usai konsert Sammy Simorangkir Live In KL, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Sammy juga meluahkan rasa teruja kerana ini kali pertama dia membuat persembahan secara solo di Malaysia. Kali terakhir dia membuat persembahan di sini adalah bersama kumpulan Krispatih pada tahun 2023.

“Sebenarnya dulu saya takut-takut untuk menjadi penyanyi solo kerana ramai yang sudah terbiasa saya ialah penyanyi berkumpulan.

“Tetapi lama kelamaan saya semakin diterima ramai. Saya bersyukur kerana masih ada ramai peminat yang ingin mendengar suara saya,” jelasnya.

Ditanya adakah dia mempunyai sebarang masalah jika mahu menyanyikan lagu-lagu ketika dia bersama Krispatih, kata Sammy dulu sempat terjadi masalah, tetapi kini tidak lagi.

Dalam konsert yang berlangsung selama dua jam itu, Sammy menyampaikan rangkaian lagu popularnya seperti Sedang Apa Dan Di Mana, Tapi Bukan Aku, Bila Rasa Ku Ini Rasamu, Kaulah Segalanya dan Mengenangmu.

Konsert yang dianjurkan oleh Ideatelier itu turut menampilkan penyanyi undangan juga dari Indonesia iaitu Meiska Adinda yang bertindak sebagai penyanyi pembuka acara.  


Sumber:– HIBGLAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2025 07:11 PM | Show all posts
jangan lagi kau sesali keputusan ku...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
So far black thorn memang padu
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 09:11 AM | Show all posts
sedang apaaaa.. dan di manaaaaaa...

hampir nak kawen dgn org msia dlu kan (anak kak ton),
alih2 jodoh tak kesampaian.. kalau dak, berbakul2 leh mkn derian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59283 Replies : 35
travel to chicago
kukukud56travel to chicago
Views : 3536 Replies : 0
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25303 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 4143 Replies : 0
SATURO GOJO TRAVEL
saturo1gojoSATURO GOJO TRAVEL
Views : 4245 Replies : 0
best  airlines services
kukukud456ydDdbest airlines services
Views : 4344 Replies : 0
TRAVEL WITH GOJO
gojo2344TRAVEL WITH GOJO
Views : 4950 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.047516 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list