|
|
Mohd Shukri yang juga ADUN Sanglang mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela atas faktor kesihatan, berkuat kuasa semalam.
Rabu lalu, PAS memutuskan keahlian tiga ADUN Perlis daripada parti itu terhenti serta-merta susulan tindakan mereka menandatangani SD, yang didakwa menjejaskan kepimpinan kerajaan negeri.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi menegaskan, Mohd Shukri meletak jawatan bukan disebabkan tindakan lapan ADUN, termasuk lima daripada BERSATU menandatangani Akuan Bersumpah (SD) dalam usaha menukar Menteri Besar Perlis, sebaliknya disebabkan faktor kesihatan.
"Kita sudah bersiap siaga termasuk menghadapi pilihan raya di tiga DUN yang keahlian wakil rakyat daripada parti itu tergugur atau PRK," katanya.
Ketika mengulas cadangan bekas ADUN PAS yang dilucutkan jawatan mengemukakan rayuan, Abdul Hadi berkata, tiga bekas ADUN berkenaan melakukan kesalahan besar kepada parti dan didapati melanggar bai'ah.
"Mereka boleh mengemukakan rayuan, tetapi terpulang lah kepada kita untuk menerima atau sebaliknya," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|