PETALING JAYA – Sebuah tempat makan popular di Cameron Highlands mengundang persoalan orang ramai dari segi keselamatan, selepas satu video tular memperlihatkan seperti cerun tanah runtuh di premis tersebut.
Video tular itu dimuat naik seorang pengguna TikTok Mummy Naura dan ia dirakam menggunakan dron memperlihatkan pemandangan atas di kawasan sekitar situ termasuk cerun berdekatan premis berkenaan.
Wanita itu memaklumkan, dia berkongsi hasil video dron tersebut bukan berniat untuk menutup pintu rezeki pengusaha premis berkenaan.
“Tak ada niat nak tutup periuk nasi sesiapa, tapi korang boleh fikir-fikirkan apa yang patut. Memang bersyukur sangat Allah masih lindung waktu itu. Kalau tahu, memang dari awal takkan berhenti kat situ untuk ambil (rakaman, gambar) pemandangan tempat dah lawa, tapi korang rasa macam mana?,” katanya pada kapsyen.
Berikutan itu, orang ramai turut meluahkan kebimbangan berhubung keselamatan di tempat berkenaan.
“Saya ada pergi situ awal bulan ni. Saya ada buat video memang cantik pemandangan dan saya memang perasan tanah runtuh tu. Tapi tak fikir apa-apa pun,” komen seorang lagi pengguna TikTok.
Baru jer tengok gugel erth ritu... Brinchang, T.Rata dan Ringlet dah tak macam dulu-dulu... bila zoom out, keluasan ladang sayur semakin tidak terkawal.
Pembangunan teres dan apartment juga semakin rancak.
Kalau tak dibendung dari sekarang, akan datang takde apa yang boleh dibanggakan dengan pusat peranginan tanah tinggi ni.
Ya betui, jalan lama Tapah-CH tak akan pernah ensem dan lurus macam ni.
Video taun 2022. (puikk video takleh paste pulak)
Lokasi A- minit 29:27
Lokasi B- minit 29:30
Lokasi C- minit 29:37
Bila kawasan hutan tu clear/open dan jadi rata, jumlah surface runoff jadi tinggi berbanding sebelumnya.
Air dari bumbung saja terkumpul banyak lalu curah ke tepi bangunan dan akan mengalir ke kawasan paling rendah.
Jadi aku bersyak wasangka bahawa slope yang koyak tu adalah tempat last discharge surface runoff melarikan diri.
Overtime kena hakis, lama-lama koyak la dia.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 26-12-2025 03:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ai juga google earth wah 4x ganda pembesaran tanah dibuat penempatan dan ladang kebun, harap buat la jalan belakang supaya x jem teruk ini harap 1 jalan jah, dah terbuat pembangunan dan kebun x boleh gostan lagi teruskan ajela mengondol bukit dan gunung menjadi bandar raya
Post time 29-12-2025 10:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Agaknya nak kena jadi macam aceh baru ni yg tanah runtuh banjir lumpur tu, kalau cameron kena situasi gitu agaknya baru nak stop sebarang penebangan hutan agaknya. Iols pun baru lepas tengok kat google map tadi, makin menjadi2 pulak kebun sayur tu dengan tanah gondol yg luas tu, sayangnya cameron. Rindu suasana cameron waktu iols kecik2 pi dulu, merasa jugak bila cakap mulut keluar asap.