CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

Dos kelahiran vaksin Hepatitis B kekal dalam Program Imunisasi Kebangsaan

[Copy link]
Post time 24-12-2025 05:16 PM | Show all posts |Read mode





Putrajaya: Dos kelahiran vaksin Hepatitis B akan terus dikekalkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan walaupun terdapat perkembangan terkini di Amerika Syarikat, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam satu kenyataan hari ini, KKM memaklumkan keputusan itu dibuat selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), walaupun Advisory Committee on Immunisation Practices (ACIP) di AS melalui undian bersetuju menghentikan pelaksanaan universal birth dose vaksin Hepatitis B.

"emberian dos kelahiran vaksin Hepatitis B dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran amat penting bagi mencegah penularan virus Hepatitis B daripada ibu kepada bayi. Jangkitan Hepatitis B pada peringkat awal kehidupan berisiko tinggi menyebabkan jangkitan kronik, yang seterusnya boleh membawa kepada sirosis hati dan kanser hati pada masa dewasa," menurut kenyataan itu.

KKM memaklumkan pelaksanaan dos kelahiran vaksin Hepatitis B di Malaysia telah terbukti berkesan sejak 1989 dalam mengurangkan kadar jangkitan Hepatitis B dalam kalangan kanak-kanak serta menyumbang kepada perlindungan kesihatan jangka panjang rakyat.

Langkah itu juga selaras dengan komitmen global untuk mencapai sasaran eliminasi Hepatitis B sebagai ancaman kesihatan awam menjelang 2030.

KKM menegaskan bahawa keputusan dasar imunisasi negara adalah berdasarkan bukti saintifik, data epidemiologi tempatan dan global serta pandangan pakar.

"Sebarang perubahan kepada dasar ini hanya akan dipertimbangkan sekiranya terdapat bukti kukuh dan konsensus antarabangsa yang menyokongnya," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, KKM mengingatkan semua ibu bapa dan penjaga untuk memastikan bayi mereka menerima vaksin Hepatitis B dos kelahiran mengikut jadual yang telah ditetapkan, demi melindungi anak-anak daripada jangkitan yang boleh dicegah melalui vaksin.

"KKM akan terus memantau situasi Hepatitis B di negara ini dan memastikan pelaksanaan Program Imunisasi Kebangsaan kekal selamat, berkesan dan berasaskan bukti," menurut kenyataan itu.


Sumber: - Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.036609 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list