|
View: 658|Reply: 6
|
Ariff Bahran Rugi RM425,000, Impian Bawa Sheila On 7 Musnah
[Copy link]
|
|
|
Penyanyi Ariff Bahran mendedahkan dia dan rakan-rakannya menjadi mangsa penipuan sebuah penganjur konsert melibatkan kerugian sebanyak RM425,000 yang mahu membawa kumpulan Sheila On 7.
Menerusi video dimuat naik di Instagram Caprice, Ariff berkata pihak tersebut bersetuju untuk membayar semula wang berkenaan namun selepas setahun masih tiada lagi bayaran dibuat.
“Saya Ariff Bahran dan rakan-rakan telah terlibat dalam kes penipuan sebanyak RM425,000. Pihak penganjur sepatutnya membawa SO7 datang ke Malaysia tahun lepas untuk adakan satu konsert namun gagal.
“Mereka bersetuju untuk bayar balik tapi sampai sekarang tiada bayaran selepas satu tahun ia berlaku,” katanya.
Sementara itu, Ariff turut berharap pihak berkenaan boleh selesaikan hal berkenaan serta membuat bayaran semula.
“Kalau kau tengah tengok video ni, kawan aku baru sahaja lepas cerai, kawan satu lagi kereta dia baru kena tarik dan dia terpaksa gadai emas dia.
“Aku harap sangat kau boleh selesaikan, dan harap sangat kau boleh bayar balik supaya aku tak perlu buat satu lagi video untuk ulas kes ini,” katanya
Sumber : Rotikaya
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jap... nak tanya..
kenapa dia yang rugi?
RM425,000 tu dia yang bayar kepada pihak penganjur ke cemane?
kenapa dia yang bayar?
saya tak faham...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
So dia investor lah kiranya?
Ada contract black and white tak?
Bab berhutang ni, kalau org dah memang xde duit, kau tuntut lah mcmana pun duit dia elek. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak tau siapa yg terlibat tu. Sebab last time pon ada kes mcm ni. Bukan tiket tak sold out. Tapi org dlm tu jadi 'ulat tiket'. Rugi kt situ. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
byrn so7 sekali buat show brape eh?
rs mcm mahal je kat indo sana |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
x ada mentor macam ni lah
gigit jari |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|