CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 299|Reply: 5

Kemboja minta Thai berunding di Malaysia

[Copy link]
Post time 23-12-2025 12:11 PM | Show all posts |Read mode




PHNOM PENH – Kementerian Pertahanan Kemboja meminta Thailand mengadakan rundingan dua hala di lokasi berkecuali iaitu Kuala Lumpur, demikian menurut surat yang dilihat  AFP hari ini selepas Bangkok dan Phnom Penh bersedia merundingkan syarat gencatan senjata setelah dua minggu pertempuran berdarah berlarutan di sempadan kedua-dua negara.

Pertempuran baharu pada bulan ini membunuh sekurang-kurangnya 23 orang di Thailand dan 21 lagi di Kemboja serta memaksa lebih 900,000 orang berpindah di kedua-dua belah pihak, kata beberapa pegawai.

Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow mengumumkan kesediaan berunding  dengan Kemboja selepas menghadiri mesyuarat khas Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara(ASEAN) di ibu kota Malaysia semalam.

Sihasak kemudian memberitahu pemberita bahawa rundingan akan diadakan di Chanthaburi, Thailand esok dalam kerangka jawatankuasa sempadan dua hala sedia ada.

Namun, dalam surat bertarikh semalam kepada rakan sejawatannya dari Thailand, Nattaphon Narkphanit, Menteri Pertahanan Kemboja, Tea Seiha sebaliknya meminta pertemuan diadakan di Kuala Lumpur.

“Atas sebab keselamatan disebabkan pertempuran berterusan di sempadan, mesyuarat ini harus diadakan di tempat yang selamat dan berkecuali,” tulis Tea Seiha dalam surat  yang diperoleh AFP hari ini.

Malaysia pula selaku  pengerusi blok ASEAN,bersetuju untuk menjadi tuan rumah rundingan gencatan senjata itu di Kuala Lumpur, tambahnya.

Kemboja berkata,  Thailand melancarkan serangan udara di wilayahnya semalam, sejurus selepas Bangkok mengumumkan kedua-dua negara bersetuju untuk mengadakan rundingan gencatan senjata.

Jurucakap kementerian pertahanan Kemboja, Maly Socheata memberitahu pemberita bahawa pertempuran di sepanjang sempadan masih berterusan pagi ini. – AFP


Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2025 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh buat di @nusaraya
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 10:08 PM | Show all posts
Fehhh... kenapa dorang memilih Malaydesh? Konoha kan ada.

*sambil ketar-ketar jari nak menaip ke tidak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
boleh mintak coach cerai terlibat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 03:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapok tua tu baca report pun pemalassss lagi ko nak suruh dia lead gencatan senjata bagaiii...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 11:00 AM | Show all posts
MissYouSayang replied at 24-12-2025 03:34 AM
Bapok tua tu baca report pun pemalassss lagi ko nak suruh dia lead gencatan senjata bagaiii...

Kita tuan rumah ASEAN, ofkos la dia sebagai PM jadi pemudah cara.
Kalau bukan dia, ko nak bagi kat sapa? Sahibus Samahah ostad Hadi..?

Cer citer sket.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.221943 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list