Pelakon Kamal Adli memohon orang ramai agar berhenti berkongsi tentang kisah silamnya dan isterinya, Uqasha Senrose dalam dalam media sosial.
Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, berkata, permintaan tersebut disuarakan kerana bimbang artikel tersebut termasuk yang negatif dibaca anak mereka, Hawra Uqaira yang baru berusia setahun satu hari.
“Nak minta tolong, boleh tak minta ihsan kalian atau sesiapa untuk berhenti muat naik tentang masa silam saya dan Uqasha yang tidak baik.
“Sebab tak elok untuk Hawra, kasihan kami.
“Maaf sangat, semoga Allah SWT merahmati kalian semua,” katanya.
Terdahulu, sejak kemelut rumah tangga mereka meraih publisiti meluas, segeliintir netizen bertindak ‘mengorek’ semula kisah lama termasuk laporan berita tentang hubungan cinta yang pernah dijalin Uqasha dengan beberapa pelakon lelaki lain.
Lebih parah, mereka juga berkongsi semula tangkap layar laporan ketika Uqasha ditahan atas dakwaan penyalahgunaan dadah sekitar tahun 2018.
Terdahulu, keputusan JKP antara kedua-dua keluarga tidak mencapai kata sepakat apabila Kamal masih ingin mempertahankan rumah tangga mereka.
Susulan itu, Hakim Syariah melantik hakam iaitu perunding tara bagi sebutan seterusnya yang dijadualkan pada 12 Januari 2026.
Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.
Post time 22-12-2025 01:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Actually kan.. Aku rs ade betul laki ni narsisis. Sebab dia tau ramai di pihak dia dan tiba2 je minta maaf tinggi suara. US tu mmg dah muak giler la kot nak hidup dengan si deli ni. Nk pandang agaknya pun dh tak boleh.. So cerai jela
Post time 22-12-2025 03:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
brainbiru replied at 22-12-2025 03:04 PM
Tq. Dah tgk. Ooo x putih melepak.... tapi tak la berkerak seperti......
Choyy.. kulit dia sebenarnya mcm adik dia nelly tu je rupanya. Kalo mcmni meols caye la kalo ade yg kate peah pon buat drip. Yg mmg natural putih merah gitu emma mmbong je kot. Eda jebat pon mcm blh diragui lps tau teknologi ni wujud
Patut lah kena buli, baik nau! Ni bukan baik, tapi bengap.. Pempuan tu dah buat mcm2 dia lagi nak backup, euw si pempuan tu gelak je dengar ko cakap gini..
Post time 22-12-2025 03:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dewi_rina replied at 22-12-2025 03:18 PM
Patut lah kena buli, baik nau! Ni bukan baik, tapi bengap.. Pempuan tu dah buat mcm2 dia lagi nak ba ...
Ntah nya.
Diam ja la x yah keluarkan apa2 kenyataan pun.
Lantakkan aja si ungka tu nk di korek hal lama ke apa ke anh diam ja la Mal
Eh kita pulak yg emo
somehow aku mmg puji sikap KA ni sebab masih mempertahankan rtangga wpun wife dia buat macam macam. ada sedikit ciri ciri matang kat situ dan dia fikir panjang. tak semua lelaki boleh sabar macam tu.. kebanyakan nya childish.. kena cuit sikit terus tinggalkan rumah tinggalkan ister and yet terus cerai..
on the other side, sudah sudahlah KA... dalam situasi sekarang tindak tanduk isteri tu dah membayangkan sesuatu dah.. berfikirlah sebaiknya.. kalau lepas lebih baik.. lepaskan elok elok .. plan yg terbaik untuk anak
tapi jika masih nak bertahan.. pun elok elok.. biar jadi iktibar untuk masyarakat.. tak semua gaduh laki bini kena akhiri dengan cer cer. org luar boleh mengata mengumpat mengeji memuja.. yg tanggung nyer korang laki bini dan terutama sekali anak..