CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1221|Reply: 34

Menggalakkan atau menghasut orang bercerai kerja gila! – Coach Cerai

[Copy link]
Post time 22-12-2025 12:32 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – “Saya nak jelaskan dengan sejelas-jelasnya, menggalakkan atau menghasut orang bercerai adalah kerja gila! Dan itu bukanlah apa yang dilakukan oleh seorang Divorce Coach atau Coach Cerai.”

Demikian kenyataan yang ditegaskan Mohd Izary Muhammed Ikhbal atau lebih dikenali ‘Coach Cerai’ bahawa dakwaan kononnya beliau menggalakkan atau menghasut pasangan untuk bercerai adalah tidak berasas.

Menurut Mohd Izary, pelbagai tomahan, fitnah dan defamasi yang dilemparkan kepadanya sejak kebelakangan ini bukan sahaja menjatuhkan maruah, malah menimbulkan rasa keliru serta terkejut terhadap tahap kejahilan segelintir pihak khususnya dalam kalangan masyarakat sendiri.

Beliau menjelaskan, peranan ‘Coach Cerai’ merupakan profesion yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan istilah tersebut hanyalah terjemahan tempatan, bukannya satu usaha untuk mengelirukan orang ramai seperti dakwaan segelintir pihak.

Mohd Izary turut membidas pandangan yang menyatakan Malaysia sebagai negara Islam tidak memerlukan khidmat ‘Coach Cerai’ dan menegaskan bahawa setiap individu berhak memilih bentuk sokongan mengikut keperluan masing-masing.

“Tidak semua klien saya beragama Islam. Jika seseorang lebih selesa mendapatkan bantuan ustaz atau pihak berkuasa agama, silakan. Tetapi mengapa tidak kedua-duanya?,” katanya.

Menyentuh isu melibatkan seorang pelakon popular, Mohd Izary mengesahkan individu berkenaan pernah mendaftar dalam programnya, namun sesi ‘coaching’ sebenar belum bermula berikutan kekangan jadual, selain mendakwa kehadirannya telah dibesar-besarkan oleh pihak tertentu

Beliau juga mempersoalkan tindakan pihak berkuasa agama yang mengeluarkan kenyataan ringkas berhubung aduan terhadap ‘Coach Cerai’ tanpa sebarang usaha untuk menghubunginya atau mendapatkan penjelasan.

Sumber: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2025 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
arghhh.. belo la kau
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2025 02:22 PM | Show all posts
Who is he? Kenapa kena pakai nickname yg mengarut begini? Apa shj ilmu yg nak disampaikan biarlah tidak lari dari landasan agama...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2025 04:18 PM | Show all posts
Trap nak kongkek bini orang yang tengah insecure & vunerable je ni... muka jenis jantan sundal kuat main ni... dia pun dah berapa kali cerai ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2025 04:25 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 22-12-2025 04:18 PM
Trap nak kongkek bini orang yang tengah insecure & vunerable je ni... muka jenis jantan sundal kuat  ...

meols agreed dgn cuols....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2025 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh kalau camni kan..boleh je org saman dia atas gangguan pihak ketiga kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2025 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu la kene ade accreditation dan certification.
Bukan self proclaim.
Pastu menimbulkan kegusaran masyarakat.

Bukan semua nilai barat bole serap masuk sini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2025 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la org kate syok sundri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2025 08:03 PM | Show all posts
muka miang

kpd para isteri (dan suami) di luar sana, kalau ada masalah dgn pasangan pergilah dptkan bantuan profesional. Negara kita kan ada perkhidmatan couples and marriage counseling. jantan mcm ni modal air liur jah, sama la dgn kes setad sayu tuh. acah2 prihatin dan bijak pandai dl hal perkahwinan konon. tujuan sebenar gatal merenyam nak kacau bini org jah.   
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2025 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2025 08:29 PM | Show all posts
pergi kat Jabatan agama free je
last month register utk kawan untuk sesi minta pendapat di JAKIM
siap request nk ustazah tak nak ustaz
dapat je..sehari lepas buat permohonan JAKIM dah contact minta kita pilih tarikh
siap dah submit borang cerai lepas jumpa ustazah
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2025 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeke nama Izary Iqbal. Muka macam Indian aje. Nak kata mamak pun bukan. Nampak pure Indian.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 09:12 AM | Show all posts
cm_vungtau replied at 22-12-2025 11:31 PM
Yeke nama Izary Iqbal. Muka macam Indian aje. Nak kata mamak pun bukan. Nampak pure Indian.

racist nye sis

ape relevannya dgn isu pun



Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 10:29 AM | Show all posts
dulu dia agent unit trust iolss... pastu 3 tahun camtu agent lain amik alih sbb dia dah beralih bidang .. he's doing very well waktu jadi agent dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 23-12-2025 09:12 AM
racist nye sis

ape relevannya dgn isu pun

Kenapa racist? Indian memang salah satu bangsa dalam Malaysia kan? Sebab kalau memang indian, cemana dia nak mahir dalam perkahwinan islam dan undang2 nya? So kena reveal la qualification mamat ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2025 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam bagus jer
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 23-12-2025 05:02 PM
Kenapa racist? Indian memang salah satu bangsa dalam Malaysia kan? Sebab kalau memang indian, cema ...

Sis kan kat artikel nama penuh dia dah tertulis situ muhd izary mohd iqbal.  Takanlah dia kawin dgn bini dia round round ungun api lak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 23-12-2025 05:53 PM
Sis kan kat artikel nama penuh dia dah tertulis situ muhd izary mohd iqbal.  Takanlah dia kawin dg ...

Oh okay. Takla kot2 scammer ke mana la tahu. Zaman ni kadang2 scammer pakai nama melayu tapi tup2 bukan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.345256 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list