CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 142|Reply: 0

Pengesahan wajah bagi pendaftaran telefon baharu

[Copy link]
Post time 22-12-2025 09:43 AM | Show all posts |Read mode


Commuters use their phones while travelling in a metro train in Seoul on May 28, 2025. (Photo by Pedro PARDO / AFP)

SEOUL: Korea Selatan bakal mewajibkan orang ramai menjalani pengecaman wajah apabila mendaftar nombor telefon mudah alih baharu sebagai sebahagian daripada usaha membanteras penggunaan telefon yang didaftarkan secara haram bagi tujuan penipuan, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kementerian sains negara itu pada Jumaat.

Di bawah pelan berkenaan, Korea Selatan akan mewajibkan tiga syarikat telekomunikasi utama negara itu iaitu SK Telecom Co., KT Corp. dan LG Uplus Inc., serta pengendali rangkaian maya mudah alih, melaksanakan langkah pengesahan tambahan itu bagi menghalang pengaktifan nombor baharu melalui kecurian identiti.

Pengumuman dibuat susulan pendedahan satu set langkah menyeluruh untuk memerangi penipuan suara (voice phishing) pada Ogos lalu, termasuk hukuman lebih berat terhadap syarikat telekomunikasi yang gagal melaksanakan usaha pencegahan mencukupi.

“Dengan membandingkan gambar pada kad pengenalan dengan wajah sebenar pemegangnya secara masa nyata, kami boleh menghalang pengaktifan telefon yang didaftarkan atas nama palsu menggunakan kad pengenalan yang dicuri atau dipalsukan,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Menurut kementerian, langkah itu akan menyukarkan penipu untuk mendaftar dan mengaktifkan telefon baharu menggunakan maklumat yang diperoleh melalui serangan penggodaman.

Dasar baharu itu dijadual dilaksanakan secara rasmi pada Mac 2026, dengan pelaksanaan percubaan dijangka bermula minggu depan.

Jumlah kes penipuan suara yang dilaporkan mencecah 21,588 setakat November tahun ini, dengan jumlah kerugian mencapai 1.13 trilion won (US$760 juta), melepasi paras satu trilion won buat kali pertama, menurut kementerian itu dengan memetik laporan agensi polis. – Bernama


Sumber : Suara Sarawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:12 PM GMT+8 , Processed in 1.510038 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list