CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

Feri penumpang kemudi sendiri pertama dunia mula beroperasi di barat Jepun

[Copy link]
Post time 11-12-2025 09:36 AM | Show all posts |Read mode


Gambar Kyodo

OKAYAMA: Sebuah feri penumpang yang beroperasi antara Okayama dan Pulau Shodoshima di barat Jepun akan mula menggunakan teknologi pertama dunia yang boleh mengemudi sendiri, lapor Kyodo News memetik Yayasan Nippon.

Menurut yayasan itu, feri Olympia Dream Seto, yang berulang-alik antara pelabuhan Shin-Okayama di Wilayah Okayama dan Pelabuhan Tonosho di pulau dalam Wilayah Kagawa, akan mula beroperasi secara separa kemudi sendiri pada Khamis selepas menerima pensijilan kerajaan untuk mengguna pakai teknologi berkenaan.

Pada sidang media yang diadakan di atas kapal ketika belayar, Pengarah Eksekutif Yayasan Nippon, Mitsuyuki Unno, yang menangani isu perkapalan dan sektor lain, berkata inisiatif itu boleh “menjadi satu daripada penyelesaian” kepada masalah kekurangan tenaga kerja yang semakin meruncing di Jepun serta memastikan pengangkutan ke pulau-pulau berpenduduk yang terpencil.

Dalam demonstrasi, feri itu berlepas perlahan dari jeti dan bergerak melalui perairan tenang. Ia turut menunjukkan keupayaannya mengesan kapal di hadapan dan menukar laluan secara autonomi.

Kokusai Ryobi Ferry Co., pengendali Olympia Dream Seto berkata syarikat itu bercadang menggunakan sepenuhnya fungsi kemudi sendiri sebaik sahaja kru lebih mahir dengan sistem berkenaan.

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada projek lebih luas untuk mengkomersialkan kapal tanpa pemandu membabitkan Yayasan Nippon dan lebih 50 syarikat lain. Jika direalisasikan, ia dijangka membantu menstabilkan sektor logistik dan mengurangkan kemalangan maritim.

Tiga lagi kapal, termasuk sebuah kapal kontena, turut dijadualkan memulakan operasi komersial menggunakan fungsi berkenaan menjelang April 2026.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.983597 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list