CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

Maghribi: Angka korban runtuhan bangunan meningkat kepada 22

[Copy link]
Post time 11-12-2025 09:34 AM | Show all posts |Read mode


Kakitangan kecemasan mencari mangsa di sebalik runtuhan dua bangunan di kawasan Al Massira pada lewat Selasa lepas. - Gambar AFP

RABAT: Angka korban akibat runtuhan dua bangunan kediaman di bandar Fez meningkat kepada 22 orang, menurut pihak pendakwa raya pada Rabu, lapor Xinhua.

Insiden berlaku lewat Selasa di kejiranan Al-Mustaqbal apabila sebuah bangunan kosong runtuh, sekali gus menyebabkan bangunan empat tingkat bersebelahan turut runtuh, kata pendakwa raya.

Bangunan kedua itu menjadi lokasi majlis Aqiqah tradisional bagi meraikan kelahiran.

Wanita dan kanak-kanak antara yang terkorban. Seramai 16 lagi cedera, sebahagiannya parah.

Pihak berkuasa berkata angka korban mungkin meningkat berikutan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Polis membuka kertas siasatan di bawah seliaan pendakwa raya bagi mengenal pasti punca runtuhan itu.

Penemuan awal menunjukkan kedua-dua bangunan itu dibina pada 2006.

Tragedi ini sekali lagi mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan bangunan di Maghribi.

WePada Januari lalu, Setiausaha Negara bagi Perumahan Adib Ben Ibrahim menyatakan kira-kira 38,800 bangunan di seluruh negara berisiko runtuh.

Fez, bandar ketiga terbesar di Maghribi menyaksikan beberapa siri protes sejak kebelakangan ini berhubung keadaan hidup yang daif dan perkhidmatan awam yang terhad.

Runtuhan kali ini merupakan antara insiden paling buruk sejak kejadian sebuah menara runtuh di bandar bersejarah Meknes pada 2010 yang meragut 41 nyawa.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:12 PM GMT+8 , Processed in 2.004338 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list