CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 234|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] 'Saya akan berada di Anfield untuk ucap selamat tinggal kepada penyokong... ' - Salah tak puas hati dengan Slot

[Copy link]
Post time 7-12-2025 06:38 PM | Show all posts |Read mode
'Saya akan berada di Anfield untuk ucap selamat tinggal kepada penyokong... ' - Salah tak puas hati dengan Slot

Disember 7, 2025 @ 7:13am







Riak wajah muram penyerang Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah ketika sesi memanaskan badan sebelum berdepan Leeds United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Elland Road, Leeds. Kedua-dua pasukan seri 3-3. – Foto AFP



LEEDS, England: Mohamed Salah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurus Liverpool, Arne Slot dalam satu luahan mengejutkan yang boleh menamatkan karier gemilangnya di Anfield selepas mendakwa dia seperti 'dihumban ke bawah bas' ketika prestasi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu terus merudum.

Penyerang Mesir itu sekali lagi diletakkan di bangku simpanan buat kali ketiga berturut-turut ketika seri 3-3 dengan Leeds awal pagi tadi malah Slot langsung tidak menurunkannya.

Selepas aksi di Anfield menentang Brighton hujung minggu depan, Salah dijangka berlepas bertanding pada Piala Negara-Negara Afrika dan memberi bayangan ia mungkin penampilan terakhirnya bersama Liverpool sekiranya dia diturunkan.

"Saya amat, amat kecewa. Saya sudah lakukan begitu banyak untuk kelab ini sepanjang tahun, terutama musim lalu," kata Salah kepada wartawan di zon campuran Elland Road.

"Sekarang saya duduk di bangku simpanan dan saya tidak tahu kenapa. Seolah-olah kelab sudah menghumban saya ke bawah bas.

Itu apa yang saya rasa. Saya rasa jelas seseorang mahu semua kesalahan diletakkan ke atas saya.

"Saya dapat banyak janji pada musim panas dan setakat ini saya duduk di bangku simpanan tiga perlawanan berturut-turut, jadi saya tidak boleh kata mereka menunaikan janji.

Saya sudah banyak kali katakan saya ada hubungan baik dengan pengurus dan tiba-tiba hubungan itu tiada.

Saya tidak tahu kenapa, tetapi seperti yang saya lihat, macam ada seseorang yang tidak mahukan saya di kelab ini.

"Kelab ini, saya sentiasa menyokongnya. Anak-anak saya juga akan sentiasa menyokongnya.

Saya sangat sayangkan kelab ini. Semalam saya telefon ibu - anda semua tidak tahu sama ada saya akan diturunkan atau tidak, tetapi saya tahu.

"Semalam saya cakap kepada (ibu bapa), 'Datang ke perlawanan Brighton.' Saya tidak tahu sama ada saya akan bermain atau tidak, tetapi saya mahu menikmatinya.

"Dalam fikiran saya, saya akan nikmati perlawanan itu kerana saya tidak tahu apa akan berlaku selepas ini.

Saya akan berada di Anfield untuk mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong dan kemudian ke Piala Negara-Negara Afrika.

Saya tidak tahu apa akan berlaku selepas itu."

Salah merupakan penjaring ketiga terbanyak dalam sejarah Liverpool dengan 250 gol daripada 420 penampilan.

Namun musim ini dia gagal mencapai tahap terbaiknya ketika Liverpool bergelut dengan prestasi hambar.

Skuad kendalian Slot hanya menang dua daripada 10 aksi terakhir EPL dan kini terperosok di tangga kelapan liga. – AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/12/1481657/saya-akan-berada-di-anfield-untuk-ucap-selamat-tinggal-kepada-penyokong







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.060840 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list