CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1501|Reply: 8

Russia haram platform permainan Roblox, Malaysia bila lagi?

[Copy link]
Post time 5-12-2025 12:54 PM | Show all posts |Read mode





MOSCOW – Russia menyekat akses ke platform permainan popular, Roblox kerana bimbang mengenai keselamatan kanak-kanak dan idea ekstremisme, termasuk penyebaran kandungan berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.


Agensi kawal selia media Russia, Roskomnadzor berkata, platform permainan itu dipenuhi kandungan tidak sesuai yang boleh menjejaskan perkembangan rohani dan moral kanak-kanak.


Platform permainan interaksi menampilkan ramai pemain itu merupakan antara yang paling popular di dunia, tetapi dikritik hebat kerana kekurangan ciri perlindungan untuk kanak-kanak.


Seorang jurucakap Roblox berkata, syarikat itu menghormati undang-undang di negara tempat ia beroperasi sambil menambah, platform tersebut menyediakan ruang positif untuk pembelajaran.


“Kami sangat komited kepada keselamatan dan mempunyai rangkaian langkah keselamatan proaktif termasuk pencegahan yang kukuh untuk mengesan serta menghalang kandungan berbahaya di platform kami,” kata jurucakap itu dalam maklum balas kepada BBC.


Media Rusia melaporkan bahawa Roskomnadzor menyekat platform dari Amerika Syarikat (AS) tersebut kerana bimbang tentang kandungan berkaitan keganasan dan maklumat mengenai isu LGBT yang diklasifikasikan oleh Moscow  sebagai ekstrem.


Aktiviti sedemikian dikatakan kerap ditemui di pelayan Roblox, termasuk senario simulasi serangan pengganas dan perjudian.


Roblox yang merupakan antara permainan mudah alih paling banyak dimuat turun di Russia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, membolehkan pemain mencipta dan berkongsi permainan mereka sendiri, ciri yang menyukarkan pihak berkuasa kawal selia.


Roskomnadzor turut mendapat laporan mengenai gangguan seksual terhadap kanak-kanak dan perkongsian gambar intim di platform itu.


Platform tersebut telah diharamkan di beberapa negara termasuk Turkiye atas isu keselamatan kanak-kanak. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2025 01:32 PM | Show all posts
tak paham aku kenapa propaganda lgbt ni nak masuk game. takat ni dalam game industry, yang mana heavily biased lgbt and inclusivity ni, wokeness, habis lingkup game and company
ni kena national ban pulak

movie pun sama. ada lghdtv bagai. auto cerita tu rosak. jadi ntah apa2
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 04:17 PM | Show all posts
Terpulang pada keputusan pihak yang berkaitan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia masih xde kata putus ke? Siapa menteri y patut ambil tanggungjawab ni untuk sekat? Nampak sangat lemah la perundangan malaysia bab2 ni, kat Malaysia kan aritu dah ada kes.. x kan masih nak kata masih dalam kajian.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 menteri Malaysia anak dia pun gila roblox. Tu pasal slow-mo aje takde nak ban ke haper. Rata2 bebudak gen alpha ni semua dah gila roblox
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2025 12:45 AM | Show all posts
kiamat la esok kalau menteri malaysia tiba2 nak ikut sama....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2025 11:04 AM | Show all posts
pengundi muda kena jaga.....


huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2025 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
X de pendapatan la youtuber yg main game ni nnti kalau di haramkan. Dorg buat video main game,lps tu budak² yg tgk dok ikut sama la main game.Ade budak² jugak yg dh uninstall roblox ni sejak polis x bg main.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2026 02:04 PM | Show all posts
Some users notice the APK installs correctly but starts lagging badly during fast sections or crashes right after completing a level. In Geometry Dash, this usually points to a mismatched or modified build, so I always suggest removing the current file and getting a stable version from a trusted source like geometrydeshapks instead of random third-party pages. Keeping your device updated and clearing background apps also makes a noticeable difference in performance.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 07:14 AM GMT+8 , Processed in 2.425193 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list