CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 216|Reply: 0

Thailand bayar ganti rugi banjir

[Copy link]
Post time 27-11-2025 09:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 27-11-2025 09:29 AM

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul mengarahkan semua agensi untuk segera menyelaras usaha membantu mangsa banjir di seluruh negara dan memastikan bayaran ganti rugi disalurkan tanpa sebarang kelewatan.

Jurucakap kerajaan Siripong Angkasakulkiat berkata Anutin, yang juga Menteri Dalam Negeri, melawat Hat Yai hujung minggu lepas dan mengarahkan semua agensi menggerakkan bantuan maksimum, termasuk bekalan keperluan asas dan peralatan.

“Agensi turut diarahkan untuk mengatur gerak jentera bantuan bencana seperti bot, trak GMC dan kenderaan tinggi, serta menyediakan pam air dari semua wilayah bagi menyokong operasi.

Perdana Menteri menegaskan yang keselamatan awam mesti menjadi keutamaan,” kata Siripong dalam kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, Anutin mempengerusikan mesyuarat Pusat Arahan Pencegahan dan Pengurangan Bencana Negara (NDPCC).

Siripong berkata hujan lebat di Selatan menyebabkan kerosakan besar di Daerah Hat Yai di Wilayah Songkhla, sebuah hab ekonomi penting, serta di Phatthalung, Pattani dan Nakhon Si Thammarat yang turut terjejas teruk.

Perdana Menteri turut mengarahkan pihak berkuasa mempercepat langkah pengurangan di wilayah tengah, terutamanya Phichit, Ang Thong, Chai Nat, Sing Buri dan Phra Nakhon Si Ayutthaya yang mengalami banjir berpanjangan.

“Gabenor wilayah mesti segera menilai kerosakan yang dialami semua isi rumah terjejas, termasuk kehilangan harta benda dan menyediakan data yang jelas dan tepat untuk bantuan.

“Biro Belanjawan ditugaskan menyediakan cadangan belanjawan pusat untuk pertimbangan segera Kabinet, dengan keutamaan memberi sokongan serta-merta kepada semua komuniti terjejas,” katanya.

Siripong berkata Perdana Menteri turut menggariskan beberapa arahan untuk memastikan bantuan diberikan secara cepat dan menyeluruh sehingga keadaan pulih.

Antara arahan itu, Kementerian Pengangkutan perlu memastikan agensi tempatan menyelenggara laluan  pengangkutan, termasuk jalan raya dan landasan kereta api, serta menyediakan laluan alternatif di kawasan banjir, manakala Kementerian Kesihatan Awam perlu menggerakkan pasukan perubatan dan kesihatan awam untuk membantu mangsa banjir dan menyokong pemulihan pascabencana.

Semua agensi berkaitan juga mesti segera menilai kerosakan serta memulihkan infrastruktur terjejas.

Siripong berkata agensi tempatan menggerakkan semua sumber yang ada bagi memasuki kawasan terjejas secepat mungkin, dengan keutamaan terhadap penyediaan makanan, air minuman dan kemudahan sanitasi yang mencukupi.

Menurut Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana (DDPM) Thailand, banjir di wilayah selatan menjejaskan 92 daerah, 581 daerah kecil dan 4,146 kampung, melibatkan 719,858 isi rumah (1,917,521 individu).

Di wilayah utara dan tengah, banjir di 11 wilayah menjejaskan 49 daerah, 441 daerah kecil dan 2,902 kampung, melibatkan 144,327 isi rumah (487,255 individu). — Bernama


Sumber : Suara Sarawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59283 Replies : 35
travel to chicago
kukukud56travel to chicago
Views : 3536 Replies : 0
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25303 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 4143 Replies : 0
SATURO GOJO TRAVEL
saturo1gojoSATURO GOJO TRAVEL
Views : 4245 Replies : 0
best  airlines services
kukukud456ydDdbest airlines services
Views : 4344 Replies : 0
TRAVEL WITH GOJO
gojo2344TRAVEL WITH GOJO
Views : 4950 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.225055 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list