CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 214|Reply: 0

Ketua PBB tegaskan hak Palestin tubuh negara sendiri, gesa bantuan kemanusiaan segera

[Copy link]
Post time 27-11-2025 09:10 AM | Show all posts |Read mode


NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa menegaskan bahawa rakyat Palestin berhak mendapat kehidupan yang bermaruah, keadilan dan menentukan nasib sendiri, sama seperti semua negara lain.

Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan bahawa Guterres menekankan bahawa penubuhan sebuah negara Palestin merupakan hak yang sah.

Berucap pada mesyuarat khas sempena Hari Solidariti Antarabangsa bersama Rakyat Palestin, beliau mengulangi gesaannya agar pendudukan haram ke atas tanah Palestin ditamatkan, seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan Perhimpunan Agung PBB.

Beliau turut mengulangi gesaan untuk mencapai kemajuan tidak boleh diubah lagi ke arah penyelesaian dua negara selaras dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB berkaitan, dengan Israel dan Palestin hidup dalam keadaan aman dan selamat berdasarkan sempadan pra-1967 yang diiktiraf, dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota kedua-dua negara.

Ketua PBB itu menarik perhatian terhadap kesan kemusnahan di Semenanjung Gaza dalam tempoh dua tahun akibat serangan Israel yang mengakibatkan lebih 70,000 orang maut, ratusan ribu lagi cedera, kemusnahan infrastruktur yang meluas serta kebuluran, penyakit dan trauma psikologi.

Beliau turut menegaskan kesukaran hidup yang dihadapi rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur, berikutan serangan tentera dan keganasan peneroka haram Israel, perluasan penempatan, pengusiran dan perobohan.

Guterres menyifatkan perjanjian gencatan senjata Gaza yang dicapai pada Oktober sebagai sinar harapan dan menggesa semua pihak mematuhinya sepenuhnya serta bergerak segera ke fasa seterusnya.

Beliau memuji usaha negara pengantara, khususnya Mesir, Qatar, Turkiye dan Amerika Syarikat selain menegaskan keperluan menterjemah momentum diplomatik kepada kemajuan nyata di lapangan.

Ketua PBB itu menekankan keperluan mendesak untuk memastikan bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza tanpa halangan dalam skala besar. Beliau mengesahkan semula kewajipan Israel seperti yang dinyatakan dalam pendapat nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa baru-baru ini dan menggesa semua negara anggota memenuhi rayuan kecemasan berjumlah US$4 bilion bagi wilayah Palestin yang diduduki.

Guterres turut menegaskan peranan penting Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) dan menggesa masyarakat antarabangsa menyokong usaha agensi itu di Tebing Barat, Gaza serta pelarian Palestin di seluruh rantau berkenaan.

Beliau berkata bilangan wartawan yang terkorban dalam tempoh dua tahun ini melebihi angka mana-mana konflik sejak Perang Dunia Kedua, dengan majoritinya merupakan rakyat Palestin.

Guterres mengakhiri ucapan dengan menegaskan komitmen teguh PBB terhadap rakyat Palestin dan hak mereka untuk menentukan nasib sendiri, serta menggesa masyarakat antarabangsa mengubah harapan kepada tindakan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59283 Replies : 35
travel to chicago
kukukud56travel to chicago
Views : 3536 Replies : 0
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25303 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 4143 Replies : 0
SATURO GOJO TRAVEL
saturo1gojoSATURO GOJO TRAVEL
Views : 4245 Replies : 0
best  airlines services
kukukud456ydDdbest airlines services
Views : 4344 Replies : 0
TRAVEL WITH GOJO
gojo2344TRAVEL WITH GOJO
Views : 4950 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.413898 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list