CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 339|Reply: 0

Angka korban dua taufan di Filipina meningkat kepada 259 orang

[Copy link]
Post time 13-11-2025 09:36 AM | Show all posts |Read mode


MANILA: Angka kematian akibat dua taufan kuat yang melanda Filipina baru-baru ini meningkat kepada 259 orang, dengan jutaan penduduk dipindahkan, menurut pihak berkuasa pada Rabu, lapor Xinhua.

Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara (NDRRMC) pada Rabu memaklumkan bahawa taufan Fung-wong, yang melanda pada Ahad sebagai taufan super sebelum menjadi lemah ketika melintasi kawasan utara tengah Luzon, telah meragut sekurang-kurangnya 27 nyawa, manakala dua lagi masih hilang.

Dalam laporan berasingan, agensi itu berkata Taufan Kalmaegi yang mendarat pada 4 November, telah menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh di tengah Filipina, mengorbankan 232 orang, 112 lagi hilang dan lebih 500 yang lain cedera.

Menurut NDRRMC, kebanyakan kematian dilaporkan di wilayah Cebu yang masih belum pulih akibat gempa bumi berukuran 6.9 magnitud yang melanda pada 30 Sept.

Kedua-dua ribut itu menyebabkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal dan kemusnahan besar terhadap rumah, kawasan pertanian serta infrastruktur utama termasuk jalan raya dan jambatan, menurut agensi berkenaan.

Fung-wong merupakan siklon tropika ke-21 yang melanda Filipina tahun ini, melebihi purata tahunan negara itu sebanyak 20 ribut.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 03:47 PM GMT+8 , Processed in 1.053803 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list