CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 271|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Motosikal saya tiba-tiba 'mati' - Hakim Danish

[Copy link]
Post time 26-10-2025 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Motosikal saya tiba-tiba 'mati' - Hakim Danish

Oleh Sukhairi Thani - Oktober 26, 2025 @ 3:35pm





Pelumba pasukan AEON Credit SIC Racing Team MSI, Hakim Danish Ramli membaling pelindung lutut ke arah peminat selepas perlumbaan kelas Moto3 sempena kejohanan perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS, Sepang. NSTP/AIZUDDIN SAAD



SEPANG: Pelumba wildcard Moto3 negara, Hakim Danish Ramli menganggap penyertaan sulungnya di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia di Grand Prix Malaysia sebagai pengalaman berharga biarpun terpaksa menamatkan saingan lebih awal akibat masalah teknikal di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Pelumba AEON Credit SIC Racing MSI itu berdepan isu jentera ketika saingan berbaki lima pusingan, sedangkan ketika itu dirinya bersaing sengit dalam kelompok 10 terbaik di hadapan ribuan penyokong tempatan yang hadir memberi sokongan.

Hakim Danish, 18, berkata, jentera ditungganginya tiba-tiba 'mati' di selekoh pertama sekali gus memaksa dirinya mengundurkan diri daripada perlumbaan.

"Saya belum pasti lagi apa masalah sebenar, pasukan sedang meneliti punca isu teknikal itu. Motosikal saya berhenti tiba-tiba dan saya tiada pilihan selain menamatkan perlumbaan lebih awal," katanya.

Mengulas lanjut, pelumba muda dari Terengganu itu mengakui sedikit kecewa kerana tidak dapat menamatkan perlumbaan sulungnya namun tetap gembira dengan peluang bersaing bersama pelumba profesional dunia.

"Tentunya saya sangat gembira kerana dapat beraksi di Kejuaraan Dunia. Saya dapat bersaing dengan pelumba terkenal dan itu satu pengalaman besar buat saya. Jika tiada isu teknikal, mungkin saya boleh menamatkan perlumbaan dalam kelompok mata," katanya.

Hakim Danish turut menambah bahawa prestasi positif sepanjang minggu perlumbaan memberi motivasi besar menjelang penampilan musim penuhnya bersama MSi Racing Team tahun depan.

"Secara keseluruhan saya gembira, walaupun kecewa sedikit kerana tidak menamatkan perlumbaan pertama saya di Kejuaraan Dunia," katanya.

Perlumbaan Moto3 itu sebelum ini terpaksa ditangguhkan hampir dua jam selepas kemalangan serius membabitkan juara dunia baharu, Jose Antonio Rueda (Red Bull KTM Ajo), dan pelumba Noah Dettwiler (CIP Green Power) ketika sesi sighting lap.

Kedua-dua mereka diberikan rawatan di tepi trek sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan menggunakan helikopter.

Perlumbaan yang pada asalnya dijadualkan 15 pusingan dikurangkan kepada 10 pusingan, dengan kemenangan menjadi milik pelumba Honda Team Asia, Taiyo Furusato (22'03.88s), diikuti Angel Piqueras (Frinsa-MT Helmets-MSI) di tempat kedua (22'06.147s) manakala Adrian Fernandez (Leopard Racing) melengkapkan podium selepas ketinggalan 2.625s.

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/10/1463634/motosikal-saya-tiba-tiba-mati-hakim-danish





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuu78765bhatt ji
Views : 101 Replies : 0
BHATT JI
AKKU78YDBHATT JI
Views : 1212 Replies : 0
BHATT JI
AKKU78YBHATT JI
Views : 1415 Replies : 0
BHATT JI
AKKU78YBHATT JI
Views : 1820 Replies : 0
"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Tong Sampah Amerika ~ Hah Tepokk!
borne"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Ton
Views : 11855 Replies : 12
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31772 Replies : 24
Peniaga putih mata, rugi hampir RM280,000 akibat pelaburan tidak wujud
ultra78Peniaga putih mata, rugi hampir RM280,00
Views : 24568 Replies : 2
Tok Arab Dubai seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai seks ganas
Views : 27220 Replies : 41
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44366 Replies : 627
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 19672 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.064501 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list