CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 733|Reply: 3

Doa ‘rider’ nak sambung belajar termakbul, syukur boleh masuk universiti... Paling menarik dapat biasiswa penuh!

[Copy link]
Post time 10-10-2025 09:28 AM | Show all posts |Read mode





SEORANG penunggang motosikal perkhidmatan e-hailing menerima rezeki tidak dijangka selepas menghantar seorang penumpang ke sebuah universiti.


Pada hari kejadian, Restu Anbia Putra, 23, berkongsi video dengan kapsyen menyentuh hati sejurus menghantar penumpang ke Universiti Tarumanagara (Untar), Jakarta, Indonesia.


"Ya Allah, aku juga mahu melalui kesibukan menghadiri kuliah seperti mereka," tulisnya dalam perkongsian  di TikTok pada September lalu.





Video itu tular dan mendapat perhatian meluas, termasuk daripada pihak pengurusan Untar sendiri.


Hasilnya pada Sabtu lalu, Restu secara rasmi diterima sebagai mahasiswa baharu dan turut diberikan biasiswa penuh daripada universiti berkenaan.


Anak muda itu bakal melanjutkan pengajian dalam bidang Komunikasi bagi sesi akademik 2026/2027.


"Walaupun sudah bergelar mahasiswa, saya akan terus bekerja sebagai pemandu Ojek dan tetap berada di jalanan. Content sebagai rider inilah yang menaikkan nama saya," katanya.


Untuk rekod, Restu merupakan anak sulung daripada empat beradik.


Bapanya bekerja sebagai pemandu manakala ibunya seorang suri rumah.


Restu mula bekerja sebagai rider Ojek sejak tahun 2023 dan sepanjang kerjaya itu, dia aktif sebagai pencipta kandungan yang sering berkongsi realiti pekerjaannya di media sosial.


Sumber : mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2025 10:12 AM | Show all posts
ok tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 10:25 AM | Show all posts
tahniah, moga niat baik dan usaha terbaik dapat perbaiki taraf hidupmu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 07:42 PM | Show all posts
Harapnya dia mmg berniat nak sambung study la. Bukan sekadar content.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.398313 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list