CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 388|Reply: 1

[Sembang Bola Sepak] Haaland cipta rekod, City tundukkan Napoli

[Copy link]
Post time 19-9-2025 10:34 PM | Show all posts |Read mode
Haaland cipta rekod, City tundukkan Napoli

ZURAIMEE ZAINAL
19 September 2025 10:24am




Guardiola akui Citizens bertuah miliki Haaland. Foto: Agensi



MANCHESTER City memulakan kempen Liga Juara-Juara musim ini dengan langkah bergaya selepas menewaskan Napoli 2-0 di Stadium Etihad pada Jumaat.

Penyerang sensasi, Erling Haaland, sekali lagi menjadi watak penting apabila meledak gol pembukaan minit ke-56 untuk mencatat sejarah baharu sebagai pemain terpantas menjaringkan 50 gol selepas 49 penampilan dalam Liga Juara-Juara.


Jaringan itu terhasil menerusi tandukan hasil umpanan Phil Foden menewaskan penjaga gol Vanja Milinkovic-Savic.


Tidak lama kemudian, giliran Jeremy Doku meletakkan nama selaku penjaring selepas melakukan larian solo sebelum melepaskan rembatan dari sudut sukar minit ke-65, bagi memastikan kemenangan selesa The Citizens.

Napoli yang dibimbing Antonio Conte beraksi pincang seawal minit ke-21 apabila kapten, Giovanni Di Lorenzo, dilayangkan kad merah terus kerana mengasari Haaland.

Situasi itu merencatkan percaturan pasukan pelawat, termasuk kepulangan bekas kapten City, Kevin De Bruyne, yang hanya sempat beraksi 25 minit sebelum digantikan Conte bagi menyesuaikan taktikal selepas beraksi 10 pemain.

Sementara itu, pengendali Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan Haaland sebagai ‘anugerah’ buat kelab selepas penyerang prolifik itu meledak rekod baharu Liga Juara-Juara.


“Apa yang boleh saya katakan? Nombor itu sudah cukup menceritakan segalanya. Kami bertuah memilikinya,” ujar Guardiola.

Jurulatih dari Sepanyol itu turut mengucapkan tahniah kepada Haaland kerana berjaya menyertai kelompok penjaring elit sepanjang zaman.

“Tahniah kepadanya sebab dia kini sebaris dengan penjaring seperti Ruud van Nistelrooy, Robert Lewandowski, dan terutama sekali dua ‘raksasa’ bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo serta Lionel Messi. Untuk Erling berada di situ memang sesuatu yang luar biasa,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/748595/berita/sukan/haaland-cipta-rekod-city-tundukkan-napoli


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2025 01:37 PM | Show all posts
tq @Vellfire  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.045330 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list