CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 361|Reply: 1

[Sembang Bola Sepak] Buriram sekali lagi kecewakan JDT

[Copy link]
Post time 16-9-2025 10:57 PM | Show all posts |Read mode
Buriram sekali lagi kecewakan JDT

Oleh Syafiq Aznan - September 16, 2025 @ 10:27pm





Aksi antara pemain JDT dan Buriram dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit. - Foto Johor Southern Tigers



KUALA LUMPUR: Pasukan nombor satu ASEAN, Johor Darul Ta'zim (JDT) membuka kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini dengan langkah kiri selepas tewas 1-2 di tangan wakil Thailand, Buriram United di Arena Chang, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan Buriram United mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas skuad Harimau Selatan dalam empat pertemuan di ACLE yang menyaksikan skuad bimbingan Osmar Loss menang dua dan seri dua.

Belum sempat perlawanan 'panas', JDT mendahului seawal 24 saat menerusi Joao Figueiredo namun Buriram United bernasib baik susulan ia dibatalkan menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR) selepas bola terkena tangan pemain itu sebelum jaringan dilakukan.

Buriram United membalas enam minit kemudian menerusi penyudah Guilherme Bissoli yang menewaskan Andoni Zubiaurre namun VAR turut membatalkan gol itu memandangkan Bissoli berada dalam keadaan ofsaid.

Tuan rumah sekali lagi terselamat pada minit ke-13 selepas sepakan percuma Ager Aketxe terkena tiang sebelum tandukan pertahanan JDT, Jon Irazabal tersasar tinggi pada minit ke-17.

Bermula daripada sepakan sudut, JDT membuka jaringan pada minit ke-28 selepas Cristian Glauder pantas menyambar bola yang ditepis Neil Etheridge hasil tandukan Irazabal untuk meletakkan JDT di depan 1-0.

Zubiaurre terus cemerlang mempertahankan gawang JDT daripada dibolosi selepas menepis rembatan Suphanat Mueanta pada minit ke-44 dan kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat 45 minit pertama.

Muenta yang terlepas peluang pada babak pertama akhirnya berjaya meledak gol penyamaan pada minit ke-51 membolehkan perlawanan kembali seimbang di Arena Chang.

Jaringan penyamaan itu jelas memberi tonik buat Buriram United dan mereka memimpin perlawanan hanya tiga minit berselang selepas hantaran Mueanta disudahkan dengan tenang oleh Robert Zulj.

JDT hampir mengikat kedudukan pada minit ke-65, sayangnya tandukan Figueiredo yang menerima hantaran lintang Aketxe terkena palang sebelum melantun keluar dan diselamatkan penjaga gol, Neil Etheridge.

Buriram United dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-76 susulan kekasaran ke atas Supachai Jaided namun JDT terselamat apabila VAR membatalkan sepakan penalti itu.

Etheridge terus menjadi watak penting bagi memastikan Buriram kekal berkelebihan satu gol dengan dia menyelamatkan tandukan Figueiredo (m81) dan percubaan Bergson (m89).

Selepas ini, JDT akan melayan kunjungan wakil Jepun, Machida Zelvia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) manakala Buriram United akan menentang FC Seoul di tempat lawan.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/09/1446973/buriram-sekali-lagi-kecewakan-jdt





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2025 04:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.098547 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list