Steiner ambil alih Tech3 MotoGP
Reuters

STEINER memegang jawatan sebagai CEO. FOTO Reuters
London: Bekas prinsipal pasukan Formula Satu (F1) Haas, Guenther Steiner, sah mengetuai konsortium yang mengambil alih sepenuhnya pasukan Red Bull KTM Tech3 dalam saingan MotoGP bermula musim 2026.
Menurut pengumuman rasmi pasukan itu semalam, Steiner akan memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) manakala rakan projeknya, Richard Coleman, bakal dilantik sebagai prinsipal pasukan.
Pengasas dan prinsipal semasa Tech3, Herve Poncharal, akan terus memimpin pasukan sepanjang musim 2025 sebelum beralih peranan sebagai perunding.
Tech3 akan kekal menggunakan jentera KTM berdasarkan perjanjian semasa selain mengekalkan markas mereka di Bormes les Mimosas, Perancis.
Disiarkan pada: September 5, 2025 @ 7:17pm
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/09/1260670/steiner-ambil-alih-tech3-motogp
|