Ramai pemilik Lexus mengadu bahawa selepas kereta mencapai 100,000KM, prestasi aircond mula menurun. Masalah biasa: kipas masih berfungsi, tetapi udara yang keluar tidak dingin seperti dahulu.
Punca Utama
Kebocoran gas penyejuk (refrigerant) boleh berlaku pada condenser, evaporator atau saluran paip AC. Bila gas semakin berkurang, sistem penyejukan tidak lagi mampu menghasilkan udara dingin yang stabil.
Simptom Yang Perlu Diperhatikan
Aircond keluarkan angin panas walaupun setting maksimum
Udara sejuk hanya sekejap, kemudian bertukar panas
Bau kurang menyenangkan di dalam kabin selepas kereta berhenti
Risiko Jika Tidak Dibaiki
Compressor terbeban → lebih cepat rosak
Kos pembaikan meningkat berbanding servis awal
Sistem aircond boleh gagal sepenuhnya jika terus dibiarkan
Langkah Pencegahan
Periksa tekanan gas secara berkala
Servis & periksa condenser serta evaporator daripada kebocoran
Pilih alat ganti tulen Lexus / Toyota untuk ketahanan jangka panjang
MD AUTO | TOYOTA & LEXUS SPECIALIST
Pakar dalam penjagaan & pembaikan Toyota / Lexus di Malaysia.