Assalamualaikum, Salam sejahtera untuk kenalan semua, terima kasih sudi singgah ke thread saya.
kepada sahabat yang belum bersahabat dengan saya di youtube.. bolehlah bersahabat dan menyokong
channel saya itu.
Saya baru lagi dalam dunia explorasi ini, masih belajar-belajar lagi..cuma disini saya nak cerita pengalaman
saya ketika melakukan explorasi di sebuah Kuarters terbiar yang terletak di Kuala Kubu Bharu. Video dibawah
menunjukkan suasana sepanjang explorasi didalam kuarters yang dilakukan pada waktu siang hari.
Kuarters ini dianggarkan telah berusia hampir 15 tahun kalau mengikut rekaan bentuk rumah dan keadaan dalamnya
tidak bergitu lama ditinggalkan.. ok saya teruskan dengan pengalaman saya.. ketika sampai kuarters ini, rasa teruja
nak explore tu membuak buak, baru baru lah katakan... semangat tu lebih sikit... saya melakukan explorasi bersama
dua lagi sahabat youtuber yg lain, tapi mereka masih berada jauh di belakang..kiranya saya yang masuk dulu lahh..
Disebabkan semangat sangat, saya terus memulakan rakaman dan terus memberi salam dan masuk... ketika saya masuk untuk
meninjau tu.. saya tidak membawa kamera, saya masuk ke ruang tamu berjalan sedikit terus nampak lorong yang agak suram dan menyeramkan, ketika itu tepi lorong tu ada tandas yang ketika itu saya tidak perasan pada mulanya.
Semasa saya sedang memandang kearah lorong itu saya terdengar bunyi seperti suara seorang lelaki mendengus kasar seolah olah marah seperti tergangu...yang datang dari dalam tandas tersebut..terus meremang dibuatnya, malangnya saya tidak membawa kamera masa tu.. kamera saya berada agak jauh untuk merakam saya dari sudut yang lain. Mungkin kehadiran saya yang masuk berseorangan seperti mengganggu tempat mereka.. Dihujung lorong itu terdapat bilik utama yang agak besar,.. disitu pun auranya agak kuat, seperti rasa diperhatikan.
Insyallah ada lagi pengalaman lain yang akan saya kongsikan untuk setiap video explorasi yang lain..Terima kasih dan jumpa lagi.