CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 176|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Qurratu'Ain sumbang pingat pertama Malaysia

[Copy link]
Post time 22-8-2025 09:00 PM | Show all posts |Read mode
Qurratu'Ain sumbang pingat pertama Malaysia

Bernama - Ogos 22, 2025 @ 7:38pm





Qurratu’Ain (kanan) meraih gangsa dalam acara individu wanita di Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-22, hari ini. Foto: FB Bowling Malaysia



KUALA LUMPUR: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-22 dengan pingat gangsa menerusi atlet boling muda negara Qurratu'Ain Izdihar Mohd Pozi dalam acara individu wanita yang berlangsung di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid, Petaling Jaya dekat sini hari ini.

Selepas kejayaan cemerlang merangkul lima pingat emas di Kejohanan Boling Remaja Asia Bawah 18 Tahun di Doha, Qatar baru-baru ini, atlet berusia 17 tahun itu mencatatkan jumlah keseluruhan 1,293 jatuhan pin untuk menduduki tempat ketiga, dengan juara dari Singapura Hazel Tan Wei Ning (1,328 pin) manakala pemain Korea Selatan Paek Ye Dam meraih perak (1,297 pin).

Sementara itu, Adelia Nur Irwan Syazalee menamatkan saingan di tempat kelima meraih 1,286 pin, diikuti Adania Mohd Redzwan di tempat keenam (1,283 pin) dan Nurul Anis Nabila Mohd Nizam di tempat ketujuh (1,277 pin).

Dalam acara individu lelaki, keempat-empat wakil negara gagal menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik.

Muhammad Aiman Syahin Sulaiman muncul sebagai atlet terbaik Malaysia apabila menamatkan saingan di tempat keenam dengan 1,363 jatuhan pin.

Atlet Singapura Aiman Raedyn Lim Jen meraih emas dengan 1,436 jatuhan pin diikuti wakil Korea Selatan Bae Su Hyeon yang meraih perak (1,422 pin) manakala Talal Al Marri dari Qatar melengkapkan podium dengan 1,400 pin.

Kejohanan berkenaan berlangsung hingga 27 Ogos.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/08/1436759/qurratuain-sumbang-pingat-pertama-malaysia





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.057999 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list