CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 189|Reply: 0

[Sukan Bermotor] SIC fokus pastikan kontrak MotoGP Malaysia disambung selepas 2026

[Copy link]
Post time 20-8-2025 08:36 PM | Show all posts |Read mode
SIC fokus pastikan kontrak MotoGP Malaysia disambung selepas 2026

Amirul Fazli Zulkafli[email protected]





KETUA Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif. FOTO BERNAMA




Kuala Lumpur: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menegaskan fokus utama mereka ketika ini adalah memastikan penganjuran MotoGP Malaysia dapat diteruskan selepas kontrak tamat pada 2026.

Ia sekali gus menolak spekulasi berhubung hasrat untuk mengembalikan Formula Satu (F1) ke negara ini.

Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan SIC hari ini, komen diberikan Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif sebelum ini adalah merujuk kepada usaha memperbaharui kontrak MotoGP di Malaysia dan bukannya berkaitan rundingan penganjuran F1.

"Walaupun F1 kekal sebagai sebahagian penting dalam sejarah SIC, mendapatkan semula hak penganjuran terbukti rumit serta menelan kos tinggi.

"Keutamaan kami adalah memastikan MotoGP terus kekal kerana ia mendapat sambutan hebat daripada peminat Malaysia serta lebih mudah diakses dari sudut penonton dan penganjuran," kata SIC.

Selain itu, SIC memberikan komitmen penuh untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selain Dorna Sports serta pihak berkepentingan lain bagi memastikan kesinambungan acara bertaraf dunia itu kekal dalam kalendar sukan permotoran antarabangsa.

Justeru, pihak berkaitan akan menyediakan data serta laporan menyeluruh mengenai impak ekonomi, pelancongan dan pembangunan bagi menyokong proses membuat keputusan terbaik mengenai masa depan MotoGP di Malaysia.

"Kami menghargai sokongan ditunjukkan peminat serta pihak berkepentingan dalam isu ini dan beriltizam memastikan masa depan MotoGP di Malaysia demi manfaat peminat, rakan kongsi dan negara," katanya.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan KBS masih berteka-teki sama ada penganjuran MotoGP akan diteruskan selepas 2026 atau sebaliknya kerana ketika ini pihak berwajib sedang mengumpul data lengkap sebelum membuat keputusan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, dengan masa yang ada ketika ini, KBS akan mendapatkan segala maklumat secara terperinci daripada SIC mengenai penganjuran sukan permotoran itu, khususnya dari segi manfaat menjana pendapatan negara.

Malaysia sudah menjadi tuan rumah untuk sukan permotoran itu selama 26 tahun iaitu sejak 1999.



Disiarkan pada: Ogos 20, 2025 @ 6:02pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/08/1254626/sic-fokus-pastikan-kontrak-motogp-malaysia-disambung-selepas-2026




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.132357 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list