CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 306|Reply: 3

[Sukan & Senibela Diri] Persiapan Wan-Yap terjejas

[Copy link]
Post time 19-8-2025 11:25 PM | Show all posts |Read mode
Persiapan Wan-Yap terjejas

Amirul Fazli Zulkafli[email protected]






WAN Arif dan Roy King gigih berlatih menjelang Kejohanan Dunia di Paris. FOTO Fathil Asri




Kuala Lumpur: Persiapan beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi–Yap Roy King dilihat sedikit terganggu selepas salah seorang pemain mengalami masalah kesihatan sebelum Kejohanan Dunia 2025 bermula Isnin depan.

Namun begitu, jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi menyatakan demam dialami Wan Arif tidak begitu membimbangkan apabila pemain itu sudah mula mengikuti latihan pada hari ini.

Situasi itu sedikit sebanyak mencetus kebimbangan kepada jurulatih kelahiran Indonesia itu kerana Wan Arif–Roy King perlu turun di pusingan pertama menentang wakil Jepun, Kenya Mitsuhashi–Hiroki Okamura.

"Arif demam dan selesema, jadi dia tidak dapat berlatih pada Isnin. Hari ini dia sudah kembali berlatih bersama yang lain tetapi hanya mampu mengikuti dua daripada program latihan dirancang.

"Keadaannya masih belum 100 peratus namun diharapkan esok dia boleh pulih sepenuhnya agar dia betul-betul cergas sebelum pertandingan bermula di Paris.

"Kalau tanya saya sama ada bimbang atau tidak, semestinya saya bimbang. Tetapi melihat keadaannya hari ini, saya masih percaya dia boleh bermain. Harap-harap dia segera pulih," katanya.

Semalam, pemain kelahiran Kelantan itu tidak dapat mengikuti latihan kerana keadaan dirinya itu dan Herry terpaksa memantau secara rapat situasi tersebut.

Selain itu, Herry berpendapat wakil negara itu kini berada dalam prestasi baik selepas meraih kejuaraan Jelajah Dunia pertama mereka di Terbuka Macau awal bulan ini.

"Pada tahap ini, jurang antara pasangan adalah sangat kecil. Siapa lebih cergas serta lebih bersedia dari segi mental dan fizikal, itulah yang akan mendapat kelebihan. Sebab itu pemulihan Arif sangat penting," katanya.

Kali terakhir Malaysia meraih emas dalam acara beregu lelaki di Kejohanan Dunia adalah pada 2022 menerusi Aaron Chia–Soh Wooi Yik di Tokyo.



Disiarkan pada: Ogos 19, 2025 @ 5:25pm

https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2025/08/1254165/persiapan-wan-yap-terjejas




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2025 02:19 AM | Show all posts
tqvm @AceHand
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2025 10:10 AM | Show all posts

[AceHand SPECTaceLAR]

Sempena bulang kemerdekaang saja...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2025 02:16 PM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 5-9-2025 03:08 PM
AceHand replied at 5-9-2025 10:10 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Sempena bulang kemerdekaang saja...

xpe.
tq sekali lg.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.047142 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list