CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 182|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Hakim Danish tekad lupakan kecewa

[Copy link]
Post time 19-8-2025 05:07 PM | Show all posts |Read mode
Hakim Danish tekad lupakan kecewa

Oleh Khairil S Iswan - Ogos 19, 2025 @ 4:28pm





Hakim Danish (dua dari kanan) ketika aksi di Austria. - Foto ZK Racing



KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli bertekad melupakan kekecewaan pada Pusingan 6 Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) di Austria yang menyaksikannya terlepas kedudukan pendahulu kejuaraan susulan prestasi hambar di Litar Red Bull Ring, hujung minggu lalu.

Pelumba berusia 18 tahun itu tiba di Austria dengan motivasi tinggi selaku pendahulu keseluruhan, namun insiden dan kesilapan meranapkan peluangnya apabila menamatkan Perlumbaan 1 di tempat kelapan serta Perlumbaan 2 di tangga ke-13.

Keputusan itu mengakibatkan anak jati Terengganu itu jatuh ke tangga ketiga keseluruhan dengan kedudukan itu dirampas pelumba Sepanyol, Brian Uriarte.

Pada Perlumbaan 1 yang berlangsung dalam keadaan litar basah, dia bersaing bagi tempat ketiga terjatuh di pusingan terakhir manakala penalti akibat melanggar had litar pada Perlumbaan 2 meranapkan impiannya.

"Pada Perlumbaan 1, saya cuba untuk rapat dengan kumpulan depan tetapi dua pelumba teratas, Veda (Ega Pratama) dan Brian, agak laju. Saya berjaya kekal di dalam kumpulan kedua, namun malangnya saya terjatuh.

"Pada Perlumbaan 2 pula, saya bermula dengan baik dan berjaya mengejar kumpulan hadapan. Tetapi saya tersentuh had litar dan dikenakan penalti.

"Saya cuba untuk mengejar semula tetapi tidak berjaya. Apa pun, saya akan mengekalkan motivasi saya dan akan terus berjuang di pusingan seterusnya di Misano pada pusingan terakhir pada bulan depan," katanya.

Berakhir enam pusingan, Hakim Danish ketika ini mengumpul 165 mata untuk berada di tangga ketiga, ketinggalan 26 mata di belakang Uriarte (191 mata) manakala pelumba Indonesia, Veda menghuni tempat kedua dengan 170 mata.


https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/08/1435319/hakim-danish-tekad-lupakan-kecewa






Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 2.589139 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list