|
View: 4824|Reply: 17
|
Selebriti, artis sorok upah lumayan sedang dipantau
[Copy link]
|
|
|
Edited by JoyahMengayah at 11-8-2025 11:20 AM
KUALA LUMPUR: Jabatan Insolvensi (MdI) sedang memantau selebriti dan artis popular diisytiharkan bankrap tetapi menyembunyikan pendapatan tinggi diperoleh hasil kerja seni mereka dengan memasukkan bayaran berkenaan ke dalam akaun bank individu lain, termasuk pekerja atau ahli keluarga.
Pemantauan dilakukan jabatan berkenaan turut membabitkan pihak syarikat yang menawarkan kerja seni atau projek dilakukan artis bankrap itu bagi mengetahui ke mana bayaran disalurkan bagi pihak artis terbabit.
Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Ishak Bakri, berkata siasatan lanjut akan dibuat terhadap artis terbabit selepas ini kerana setiap individu diisytiharkan bankrap perlu melapor dan mengisytiharkan pendapatannya kepada MdI secara berkala, iaitu sekali dalam setiap enam bulan selaras Subseksyen 38(1)(b) Akta Insolvensi Malaysia [Akta 360].
Beliau berkata, pengisytiharan itu sebahagian daripada tugas statutori dan tanggungjawab mereka yang diisytiharkan muflis di negara ini, termasuk artis popular.
Katanya, kerjasama dan pematuhan artis terbabit terhadap peruntukan berkenaan juga akan menjadi asas pertimbangan untuk pelepasan daripada status bankrap pada masa depan.
"Kegagalan mereka berbuat demikian boleh menjejaskan proses itu kerana gagal memberi maklumat lengkap kepada pihak MdI. Kita tahu ramai artis popular berstatus muflis masih menerima pendapatan lumayan hasil kerja seni mereka tetapi menyembunyikannya daripada pengetahuan kami.
"Bayaran hasil kerja seni mereka dimasukkan ke akaun bank ahli keluarga, termasuk isteri atau anak, malah ada yang meminta syarikat atau penganjur memasukkan wang itu ke akaun pengurus atau pekerja mereka bagi mengelak ia dikesan MdI.
"Jadi, kita sudah melakukan pemantauan sebelum tindakan lanjut diambil termasuk memanggil syarikat terbabit memberi maklumat diperlukan untuk diaudit. Sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kesalahan mana-mana peruntukan mengikut Akta 360, kita boleh mengambil tindakan penguatkuasaan termasuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya kepada BH.
Mengikut Seksyen 38 Akta Insolvensi 1967, individu muflis mesti menghantar penyata pendapatan dan perbelanjaan setiap enam bulan kepada MdI dan menyerahkan lebihan jumlah wang tidak dibelanjakan itu kepada jabatan berkenaan untuk ditadbir.
Kegagalan berbuat demikian bukan saja menjejaskan peluang pelepasan daripada status muflis, tetapi turut membawa implikasi undang-undang yang serius termasuk denda dan penjara.
BH sebelum ini mendedahkan kira-kira 50 selebriti termasuk penyanyi terkenal bergelar Datuk yang dilihat berada dalam kategori 'artis kaya' masih kekal berstatus muflis, malah ada di antara mereka enggan bekerjasama membayar sumbangan bulanan ditetapkan selepas kes ditadbir agensi itu.
BH
temporary image upload
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai jugak ek artis yg muflis |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang status Dato tu, suami pada “perempuan itu” kah? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg serang tapi saman orang pun ada kan dlm list bankrap |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MatDeghem at 11-8-2025 07:04 AM
Kalau dah muflis Masih boleh pegang title datuk ke?
Dah tak boleh ada harta. Semua harta karun harta pusaka kena jual untuk bayar hutang. Kalau bebird nya boleh di jual..dan laku pun kena jual.
Artis mana eh yg dah jadi muflis? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
2 Penyanyi rock? Awaw....search n rescue |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak ma kawan iols cakap duk bagi talk kat peniaga kecil.. kitaorang duk gelak jadah org tu muflis nak goreng apa kat peniaga² kecil lain.. sekali talk mesti 10k |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
alaa reveal jer laa sapo.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
actually MO gini yang tak bankrap pun ramai je buat... banyak je proxy2 jual beli property and saham pakai akaun orang lain. even pengarah sprm sekarang pun dulu mengaku adik dia beli saham pakai nama dia |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
LAKI TOKTI PUN DULU HAMPIR2 MUFLIS
TOK RED SENDIRI PUN DH DPT DUIT TETAP XBYR HUTANG |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa artis2 yang bankrap tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dato unibersiti belon kah ittew? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Awie pernah mufliskan? Sekarang masih berstatus muflis lagi ker?
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2015/07/62065/awie-tumbuk-saya-bertubi-tubi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
skg ni kenapa x nak clearkan nama dari muflis if dahada pendapatan yg baik, bukankah itu yg kita nak? supaya nama bersih dan imej kembali terjaga. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Fizo dah keluar list ke? Dulu dia pernah bankrup kan? Watie elite masuk list tak? Kes dia dgn hana dah settle ke? |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|