CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 682|Reply: 0

[Kelantan] Lima 'along' dalangi 9 kes khianat harta benda ditahan - KP Kelantan

[Copy link]
Post time 28-7-2025 01:14 AM | Show all posts |Read mode
Lima 'along' dalangi 9 kes khianat harta benda ditahan - KP Kelantan

Nor Fazlina Abdul Rahim[email protected]





ANTARA barangan yang dirampas susulan penahanan lima lelaki dipercayai mendalangi kegiatan khianat berkaitan pinjaman wang haram. FOTO Ihsan Polis




Kota Bharu: Polis Kelantan menahan lima lelaki yang dipercayai mendalangi kegiatan khianat berkaitan pinjaman wang haram termasuk menyimbah cat di kediaman dan mengugut mangsa menerusi dua serbuan berasingan di sini.

Kesemua suspek berusia 25 hingga 39 tahun ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Kontinjen Kelantan dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu menerusi Op Vulture bermula 17 Julai hingga Selasa lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata Op Vulture dilancarkan bagi membanteras kegiatan pinjaman wang tanpa lesen yang turut membabitkan elemen ugutan serta kerosakan harta benda.

"Kesemua suspek yang ditahan dipercayai terbabit dalam aktiviti khianat berkaitan pinjaman wang haram, termasuk menyimbah cat merah pada kediaman mangsa, menampal nota ugutan, memecahkan cermin tingkap dengan batu, dan mengunci pagar rumah peminjam sebagai bentuk tekanan dan ancaman.

"Suspek pertama ditahan pada Rabu lalu hasil serbuan di kawasan Pasir Tumboh sebelum tangkapan kedua pada kelmarin yang membawa kepada penahanan empat suspek susulan kejadian simbah cat di kawasan Pasir Hor.

"Menerusi tangkapan berkenaan, polis merampas 34 barangan termasuk cat merah, pen, kertas nota ugutan, pakaian, pelitup muka, telefon bimbit serta motosikal yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah itu.

"Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya sembilan kes khianat harta benda di sekitar daerah Kota Bharu, Tumpat dan Tanah Merah," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan.

Katanya, kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut.

"Pihak polis menyeru orang ramai agar tidak membuat pinjaman melalui saluran tidak berdaftar, termasuk iklan pinjaman di media sosial dan aplikasi tidak sah.

"Sebarang urusan kewangan harus dilakukan melalui institusi perbankan atau pemberi pinjaman wang yang berlesen dan berdaftar," katanya.



Disiarkan pada: Julai 27, 2025 @ 11:16pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1245528/lima-along-dalangi-9-kes-khianat-harta-benda-ditahan-kp-kelantan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.271174 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list