CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7069|Reply: 0

TUDM perkasa sistem anti-dron

[Copy link]
Post time 23-7-2025 07:03 PM | Show all posts |Read mode
TUDM perkasa sistem anti-dron

Hafidzul Hilmi Mohd Noor[email protected]





MUHAMAD Norazlan berucap ketika majlis Perintah Ulung Panglima Tentera Udara ke-21. FOTO Hairul Anuar Rahim




Subang: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempergiat usaha untuk memperkasa keupayaan anti-dronnya, susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap ancaman yang dibawa oleh dron dalam peperangan moden.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, dron terbukti menjadi ancaman serius kerana kosnya yang murah dan keberkesanannya.

"Dron sememangnya membawa ancaman yang serius. Ia murah dan berkesan. Kita dapat lihat keberkesanannya, jadi sudah tentu bagi TUDM, kita perlu ada strategi untuk melindungi diri daripada serangan sedemikian.

"Kita perlu membangunkan keupayaan anti-dron kita. Sistem ini mesti berupaya menangani sebarang ancaman yang dibawa oleh dron-dron ini," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Perintah Ulung Panglima Tentera Udara Ke-21 di Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Beliau berkata, Markas Pemerintahan Operasi Udara sedang mengenal pasti jumlah sistem yang diperlukan dan lokasi penempatannya.

"Sistem ini tidak besar. Ia tidak seperti 'Iron Dome' atau 'Golden Dome' tetapi kita perlu pastikan ia ditempatkan di pangkalan-pangkalan kritikal yang akan memberi impak besar jika diserang.

"Jadi kawasan-kawasan strategik ini akan dilindungi dengan sistem anti-dron, terutamanya jika dron menjadi ancaman kepada TUDM," katanya.

Beliau menambah, beberapa lokasi sudah diberi keutamaan berdasarkan tahap kerentanannya.

"Jika sasarannya adalah sasaran mudah ia mesti dilindungi kerana serangan boleh mendatangkan ancaman. Tetapi jika ia adalah sasaran sukar yang boleh mempertahankan dirinya, kita mungkin boleh kurangkan tumpuan di situ.

"Buat masa ini, kita akan fokus pada kawasan yang membabitkan operasi TUDM. Saya yakin pihak polis ada perancangan mereka sendiri, begitu juga agensi-agensi lain. Tetapi bagi TUDM, memiliki sistem anti-dron adalah satu keperluan kritikal untuk menangani serangan dron bersaiz kecil," katanya.

Norazlan berkata, dron mudah didapati dan boleh diubah suai untuk tujuan berbahaya, justeru kawalan dan pemantauan adalah penting.

"Kawalan terhadap penggunaannya mesti diperketatkan supaya tidak disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Kami juga sentiasa memantau aktiviti dron.

"Apabila kami mengesan mana-mana dron yang sedang terbang, kami akan mengambil tindakan segera, termasuk sehingga menahan mereka yang mengendalikannya. Kadangkala, ancaman bukan datang daripada bahan letupan, tetapi daripada risikan, mengumpul maklumat dan memerhati keadaan sekeliling. Kawasan-kawasan kritikal ini tidak sepatutnya didedahkan kepada risiko sedemikian," katanya.



Disiarkan pada: Julai 23, 2025 @ 5:59pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1243997/tudm-perkasa-sistem-anti-dron




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.320643 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list