CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 475|Reply: 2

Permintaan melampau, konsert My Chemical Romance (MCR) di Malaysia tambah sehari lagi

[Copy link]
Post time 23-7-2025 05:00 PM | Show all posts |Read mode





Berikutan permintaan luar biasa, penganjur konsert My Chemical Romance South East Asia Tour 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil mengumumkan tambahan satu malam lagi di negara ini iaitu pada 1 Mei 2026.


Berita gembira persembahan dua malam termasuk mengikut jadual asal pada 30 April 2026 membabitkan band popular Amerika Syarikat ke Kuala Lumpur itu dikongsikan menerusi laman sosial Hello Universe, hari ini.


“Ini sudah disahkan. Kami mendengar permintaan anda. Satu-satunya persembahan dua hari di Asia Tenggara. Ini peluang terakhir untuk menjadi sebahagian aksi rock hebat.


“Berikutan permintaan yang luar biasa, My Chemical Romance baru mengesahkan persembahan kedua di Kuala Lumpur pada 1 Mei tahun depan.


“Kuala Lumpur juga menjadi satu-satunya destinasi di Asia Tenggara yang dipilih untuk muncul mereka selama dua hari berturut-turut ,” tulis kenyataan itu menerusi Instagram.


Menerusi kenyataan sama, pihak terbabit memaklumkan tiket untuk konsert malam kedua bakal dibuka pada 1 Ogos depan.


Selain Malaysia, band terbabit juga akan menjayakan konsert di beberapa negara lain seperti Korea Selatan, Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia.








Sebelum ini, pada 11 Julai lalu tiket sebanyak 60,000 unit habis dijual dalam tempoh hanya satu setengah jam atau 90 minit selepas dibuka pada pukul 11 pagi.


Ramai peminat menyifatkan pengalaman membeli tiket untuk menyaksikan konsert tersebut seperti ‘perang siber’ sehingga ramai meluahkan kekeewaan.


Laman jualan tiket GoLive Asia dan Hello Universe Malaysia juga dilaporkan mengalami gangguan teknikal apabila halaman tidak boleh diakses, sistem mogok sebelum jualan bermula dan hadapi ‘server error’ lebih sejam.


Terdahulu My Chemical Romance pernah datang ke Malaysia dalam siri jelajah The Black Parade World Tour sekitar tahun 2007 di Stadium Merdeka yang menghimpunkan lebih 10,000 peminat.


Ini merupakan kemunculan buat pertama kali kumpulan berkenaan sejak lebih 18 tahun lalu, sekali gus membuatkan ramai penggemar tegar teruja.


Band yang diasaskan pada 2001 itu dibarisi Gerard Way selaku vokalis; Ray Toro (gitar); Frank Iero (gitar) dan Mikey Way (bes).


Mereka dikenali dengan lagu Welcome to The Black Parade, Helena, I Don’t Love You dan I’m Not Okay


Sumber – Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2025 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang best lagu2 masa time awal 2000an tu
Mmg ramai dengar sampai skang..
Iols paling suka famous last words tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2025 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah wah lagu zaman dulu2 best2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
ja.esc.ell.esantravel
Views : 0 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdddbhatt ji
Views : 101 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdd5bhatt ji
Views : 303 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdd5bhatt ji
Views : 1010 Replies : 0
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang.
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 36825 Replies : 73
travel
t.rick18.1.9.88travel
Views : 1717 Replies : 0
travel
t.rick18.1.9.88travel
Views : 1718 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fddbhatt ji
Views : 1818 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fddbhatt ji
Views : 2424 Replies : 0
prateek dalla
akku7887fdprateek dalla
Views : 2626 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.046741 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list