CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7346|Reply: 1

5 negeri terima ketua polis baharu, Fadil Marsus Ketua Polis KL

[Copy link]
Post time 19-7-2025 05:16 PM | Show all posts |Read mode
5 negeri terima ketua polis baharu, Fadil Marsus Ketua Polis KL

Muhaamad Hafis Nawawi[email protected]





IBU Pejabat Polis Bukit Aman. FOTO NSTP




Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan kenaikan pangkat dan pertukaran 23 pegawai kanannya berkuat kuasa 18 Ogos depan.

Setiausaha PDRM, Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata, ia turut membabitkan lima ketua polis negeri.

Menurutnya, mendahului senarai pertukaran adalah Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk TS Azizee Ismail bertukar ke Ketua Polis Pulau Pinang dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

"Komandan Maktab PDRM, Datuk Shazeli Kahar pula bertukar ke Ketua Polis Selangor dengan memangku pangkat CP, Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus bertukar ke Ketua Polis Kuala Lumpur dengan memangku CP.

"Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Polis (DCP) Adzli Abu Shah pula menjadi Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat CP manakala Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan /Perjawatan) Bukit Aman, DCP Ab Rahaman Arsad bertukar ke Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat CP," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamaruzaman berkata, Ketua Lesen Pasukan Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Md Nazri Zawawi, bertukar ke Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan /Perjawatan) Bukit Aman dengan memangku DCP.

"Sementara itu, 17 lagi pegawai kanan turut dinaikkan pangkat ke DCP, SAC dan Asisten Komisioner (ACP) dan bertukar jawatan," katanya.



Disiarkan pada: Julai 19, 2025 @ 5:09pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1242473/5-negeri-terima-ketua-polis-baharu-fadil-marsus-ketua-polis-kl




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2025 06:10 PM | Show all posts

Dari kiri: Datuk TS Azizee Ismail, Datuk Shazeli Kahar, Datuk Fadil Marsus, Datuk Adzli Abu Shah, dan Ab Rahaman Arsad.
kredit - BH
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 12:49 AM GMT+8 , Processed in 1.040144 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list