CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 849|Reply: 1

[Kelantan] Guna nama warga tempatan, warga asing berani pandu tanpa lesen

[Copy link]
Post time 15-7-2025 11:01 PM | Show all posts |Read mode
Guna nama warga tempatan, warga asing berani pandu tanpa lesen

Hidayatidayu Razali[email protected]





Mohd Misuari Abdullah




Kota Bharu: Warga asing dikesan menggunakan identiti warga tempatan untuk mendaftar kenderaan dengan bayaran antara RM50 sehingga RM100 sebulan atau bayaran 'one-off' antara RM300 hingga RM500 setahun.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, perkara itu dikesan menerusi operasi dijalankan oleh pihaknya sebelum ini.

Katanya, kebanyakan warga asing yang ditahan terutama Rohingya menggunakan nama atau identiti warga tempatan untuk membeli kenderaan di sini.

"Mereka membeli kenderaan termasuk motosikal dan kereta dengan warga tempatan.

"Mereka dipercayai membayar sejumlah wang sama ada secara bulanan antara RM50 hingga RM100 atau 'one-off' setahun sekali antara RM300 hingga RM500 untuk menggunakan nama bagi mendaftarkan kenderaan yang dibeli.

"Ini dikesan hasil operasi dan sitaan tahun lalu, iaitu sebanyak 169 kenderaan yang disita. Daripada jumlah itu, 95 peratus adalah motosikal dan selebihnya kereta," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebanyakan kenderaan yang disita digunakan oleh etnik Rohingya.

Katanya, apabila ditahan mereka hanya menunjukkan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang kononnya sebagai lesen.

"Disebabkan itu, mereka berani naik motosikal atau kereta di jalan raya sehingga membahayakan nyawa pengguna lain.

"Justeru, kita tegas untuk mengekang kesalahan ini demi keselamatan pengguna jalan raya," katanya.

Beliau menasihatkan rakyat tempatan supaya menghargai identiti diri dan tidak mudah memberi kepada warganegara asing untuk menggunakannya.



Disiarkan pada: Julai 15, 2025 @ 4:54pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1241067/guna-nama-warga-tempatan-warga-asing-berani-pandu-tanpa-lesen




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2025 11:16 PM | Show all posts
"Beliau menasihatkan rakyat tempatan supaya menghargai identiti diri dan tidak mudah memberi kepada warganegara asing untuk menggunakannya."

Data mesti ada dekat Padu kan? Sekat bantuan STR. Bodo sangat dah.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.757406 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list