CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 713|Reply: 0

[Terengganu] Jambatan baharu Marang dijangka siap Mac 2027

[Copy link]
Post time 14-7-2025 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Jambatan baharu Marang dijangka siap Mac 2027

Oleh: Baharom Bakar - Julai 14, 2025 @ 6:38pm[email protected]





Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi semasa meninjau tapak projek menaiktaraf jambatan merentasi Sungai Marang di laluan FT003 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan (FT003), Marang. - Foto NSTP/ Ghazali Kori




MARANG: Jambatan Marang membabitkan jajaran sejauh 2.5 kilometer merentasi sungai Marang dijangka siap dan dapat digunakan sepenuhnya menjelang Aidilfitri 2027.

Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanti Linggi berkata, projek merangkumi pembinaan jambatan sepanjang kira-kira 220 meter dan jejambat merentasi bandar Marang sepanjang 680 meter serta kerja menaiktaraf jalan sejauh 1.5 kilometer itu membabitkan peruntukan sebanyak RM339 juta dimulakan sejak Disember 2021.

Katanya, pelaksanaan projek pembinaan Jambatan Marang menggunakan kaedah penyesuaian kaedah permodelan maklumat bangunan (BIM) termasuk kerja menaiktaraf jalan kepada empat lorong dua hala.

"Jambatan Marang apabila siap Mac 2027 mampu memberi manfaat kepada penduduk setempat dan pengguna jalan raya dengan empat lorong dan dua hala dengan lebih efisien, selamat serta selesa.

"Setakat ini, projek ini sudah mencapai kemajuan fizikal 54.70 dan kemajuan kewangan sudah dibayar kepada kontraktor adalah kira-kira RM172 juta," katanya kepada media di sini, hari ini.

Terdahulu, Alexander meninjau kemajuan projek menaiktaraf Jambatan Marang yang merentasi Sungai Marang, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan.

Yang turut hadir adalah Ketua Pengarah JKR, Datuk Roslan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Hanafiah Mat.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, pembinaan jambatan baharu itu juga direka bentuk bagi membolehkan kapal nelayan zon C menyusuri sungai dan tidak tersekat ketinggian jambatan yang sedia ada berusia lebih 55 tahun.

Katanya, jambatan Sungai Marang apabila siap nanti mampu menyuraikan masalah kesesakan lalu lintas terutama pada waktu kemuncak dan musim cuti perayaan.

"Laluan itu juga apabila beroperasi mampu menjimatkan masa perjalanan dan merangsang pertumbuhan ekonomi komuniti setempat terutamanya membabitkan sektor nelayan serta logistik maritim," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2025/07/1419925/jambatan-baharu-marang-dijangka-siap-mac-2027





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.218946 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list