CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 512|Reply: 0

Serangan dron di Kursk ragut tiga nyawa

[Copy link]
Post time 10-7-2025 03:53 PM | Show all posts |Read mode


MOSCOW: Satu serangan dron Ukraine membunuh tiga orang, termasuk seorang askar Pengawal Kebangsaan, di bandar Kursk, Rusia, berhampiran sempadan Ukraine, kata pemangku gabenor wilayah itu.

“Kami sangat sedih, akibat serangan di pantai perbandaran, tiga orang maut di tempat kejadian,” tulis Alexander Khinshtein di Telegram lewat kelmarin, sambil menambah tujuh lagi tercedera, termasuk seorang budak lelaki.

Khinshtein menuduh tentera Ukraine melakukan “serangan tidak berperikemanusiaan” pada malam kelmarin di mana “musuh dengan sengaja menyerang tempat di mana orang awam berada”.

Khinshtein berkata pada awal semalam dalam satu hantaran  berasingan bahawa askar Pengawal Kebangsaan “tidak terselamat” selepas letupan kedua berlaku ketika dia memindahkan orang ramai dari kawasan itu berikutan laporan serangan dron itu.

Di kalangan tujuh yang cedera, lima orang, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, berada dalam keadaan serius, kata pemangku gabenor.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.304336 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list